Jumaat, 11 Mac 2016

Bersatu Lah Rakyat..!


Demi kebenaran..! demi masa depan..!

1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.

2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai “citizen”, rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini. Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang boleh diguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai “citizen” (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.


Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Terbaiiikkk...!

    BalasPadam
  2. hidup kena ada prinsip... kalau boleh gadai prinsip dan maruah demi mengejar puncak kuasa menjilat ludah kahak dan muntah yg dihambur dulu... ingat Allah akan redha ke? dah lah bersekongkol dan jadi rekrut kafir harbi laknatullah chauvanis DAP... jangan kubur kena kencing dek anak cucu nanti sudah la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prinsip...? Tk payah nk prinsip2 sgtlah..dh tk laku..mohd najib pun bkn ada prinsip..ProOO00ootTt

      Padam
    2. Prinsip??

      Makan USD1 Billion..

      Dituduh mcm dengan bukti tapi bua penafian tak lojik..

      Pecat orang sesuka hati itu ada prinsip ka??

      WTF!!!

      Padam
  3. Berprinsip tapinlena lencing dengan Najib pun tak guna juga.Tak payah tunggu mati..hidup2 ninpun Najib dah kencing kita

    BalasPadam
  4. Prinsip apa agaknya yang telah di gadaikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 8.57

      "Prinsip apa agaknya?"

      Najib korup, tu maksud takder prinsip.

      Padam
  5. Blog Goblog!!!

    Prinsip kepala bapak ko!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.13,

      "Prinsip kepala bapak ko!!!"

      Tu aje la jawapan terbaik pencacai, lu ada sakit mental ke chai?

      Padam
  6. Prinsip???
    Samun duit 2.6b/42 juta enjoy atas kapal dgn kapir laknat jho low haramjadah berbini boros macam setan rambut fesyen periok...belum lg kes letup altantuya msh jd misteri smpai skrg, prinsip kepala hotak ko lah...
    AHLI UMNO totok mmg bangang...
    Ni sbb berkitabkan utusan dan berita harian berkiblat tv3 suku la ni...

    BalasPadam
  7. BERSATU LAH Tolak Pengkhianat ugama ,Bangsa dan Negara Si Kitol Nyanyuk.

    BalasPadam
  8. JHO LOW tu bukan dap ke? prinsipi apekebendanya?

    BalasPadam
  9. abu bakar mana ko?? ni aku lah .. pasl komen ko dlm fb azmi tuu mantap tapi aku tak puas hati bila dia kata ko tak faham posting dia... lpas tu suruh simpan sikit bodoh ko.. ntah apa apa lagi lah dia kata kat ko... aku geram jugak cara dia kata kat ko.. ada pulak yg nasi tam bah kata ko bodoh.. tidak boleh mcamni abu bakar.. aku nak ko masuk balik fb azmi tu... ko kasi balun sama dia kow kow.. biar dia terkejut berokk sikit.. ok.. aku nak pergi fb dia jap... kalu ada pngikut dia tenyeh ko.. aku lapur kat ko nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.54 chai,

      "tapi aku tak puas hati bila dia kata ko tak faham posting dia."

      Nak harapkan lu tolong najib? Lunyai najib dibuat pencacai
      ni. Kalau lu x puas hati lu nak buat apa chai? Lu sapa?

      Padam
    2. 9.54

      "aku geram jugak cara dia kata kat ko."

      Lu plak nak geram? Tau maki hamun nak geram plak? Jawapan takder...bukan bantu kasi lunyai najib adalah...lu sapa chai? Cer citer?

      Padam
    3. "tidak boleh mcamni abu bakar.. aku nak ko masuk balik fb azmi tu"

      Lu ada sakit mental ke chai? Bagitau sama azmi facebook, ayuh jom pergi ke mahkamah jika nak tolong najib bersihkan nama
      beliau, boleh chai?

      Padam
    4. abu bakar... aku cuma rakyat biasa.. aku selalu baca posting ko merata dalam blog..pasal 1mdb ni.. bila budak higusan tu kena tenyeh dgn si azmi fb ni .. aku kesian dekat dia.. jadi aku saran ko masuk fb azmi tu.. aku nak ko pula tenyeh azmi fb tu.. bila aku baca komen ko memang mantap.. tapi yang aku tak puas hati nape dia kata ko tak faham posting dia.... siap maki lagi ..bodh lah apalah.. tulah sebab aku.. harap ko saja dapat bela budak tu.. kalu budak tu mat rempit aku tak kisah sangat nak suruh ko masuk fb dia.. tapi dia juara asia.. sian dia... ko lah saja harapan aku....

      Padam
    5. Chai 10.49 lu ada masalah mental ker? Kenapa perlu diulang pertanyaan tu? Kan ke dah jawab?

      Dah tak boleh kenyataan Dan fakta, pas ni maki hamun Dan ugut la plak?

      Padam
    6. abu bakar .. aku bukan apa .. aku nak ko terjah siazmi fb tuu... ko bagi biar dia terduduk... yg jadi masalah nya ko masuk komen sekali dua ko terus hilanb... si azni fb tu sangka ko dah cabut.. tu lah aku mahu ko masuk fb dia terjah balik kow kow dengan komen komen ko sampai dia terkedu... takkan ko nak tinggal fb dia mcam tu jer...

      Padam
    7. ..nampak gaye nye ader sekor macai pemakan dedak yg skang ni dok mengigaukan si abu bakar..kesian..bodoh bodoh belaka pemakan pemakan dedak najib

      Padam
    8. abu bakar .... aku bukan apa .aku nak ko masuk balik dalam fb azmi tuu.. ko jangan hilanng terus macamtu apa kata pengikut fb azmi lak.. aku tak mahu dia buat fitnah kata ko cabut plak.. nanti aku jugak rasa malu.. sebab saran ko dlm fb dia..

      Padam
    9. Tu diaaa.. pemakan dedak da dok mengigau kan abu bakar.. ko tak kenal abu bakar nape pulak ko malu??!!.. ader ker sesaper suruh ko sarankan??!!.. cam POYO!!

      Padam
    10. abu bakar walau aku tak kenal ko sapa.. tapi aku kagum dgn ulasan ko mantap pasal mdb ni ... tapi bila ko terus hilang macam tu sajer dlm fb dia ... aku rasa tak sedap jugak ko macam tak dapat dikesan.. dan aku takut ko jadi bahan hiburan pgikut fb azmi tu plak.. tu sebab aku nak ko masuk dan tibai azmi kow kow dlm fb dia.. takkan ko nak hamun aku plak..

      Padam
  10. Chai 8.35

    DAP lebih baik dari pemimpin bernama najib yang korup, menyamun, menganaiya, menzalimi dan menindas kebajikan harta dan wang rakyat.

    Najib juga bersekongkol dengan yahudi zionist, jho lo dan lain2 dalam usaha beliau melakukan kerja2 jahat ini.

    Najib juga mencemarkan nama baik negara dengan membabitkan kerajaan arab saudi dan negara luar memandang hina negara malaysia hasil perbuatan beliau.

    Kenapa nama dan rakyat negara malaysia?

    Hasil perbuatan korup najib. Begitu juga dengan nama baik parti umno yang tidak bersalah menyebabkan umno dan bn akan tewas di PRU akan datang.

    Itulah Najib.

    BalasPadam