Sabtu, 19 Mac 2016

Untung Untung Menjamah Jadi AG..!


Biasalah..! dalam setiap pertembungan pasti ada yang menang dan kalah..! lebih biasa lagi apabila ada pihak yang menangguk di ayer yang keroh..! ada pihak yang mengambil peluang..!
Peguam tersohor, Tan Sri Shafee Abdullah dibidas kerana dikatakan kelam-kabut dan kalut apabila Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman berhubung keputusan Peguam Negara membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Shafee tidak sepatutnya masuk campur urusan Majlis Peguam dan sikap kelam-kabut ditunjukkan Shafee itu ‘aneh’.
“Tapi yang anehnya dia (Shafee) pula nampak kelam-kabut untuk membela Peguam Negara yang telah membuat keputusan untuk membebaskan Najib dari isu wang derma tersebut,” tulisnya di Facebook.
Dalam masa sama, Khairuddin berharap Majlis Peguam dapat memberi sokongan moral kepadanya pada perbicaraan di mahkamah berhubung laporannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 1MDB dan Najib.
Katanya, kes beliau itu berguna kepada Majlis Peguam bagi mencabar keputusan Peguam Negara yang telah membebaskan Perdana Menteri dari sebarang salah laku melibatkan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International.
“Saya mempunyai ‘locus standi’ dalam kes ini sejak 12 Disember 2014 apabila membuat laporan polis dan SPRM keatas syarikat 1MDB dan Najib.
“Kerana kes ini jugalah saya telah terpaksa mengharungi pelbagai tekanan yang hebat khususnya ditahan selama 24 hari di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi seterusnya ditahan di Penjara Sungai Buloh selama lima minggu.
“Saya amat menaruh harapan yang tinggi agar pihak ‘judiciary’ akan bersikap adil dan telus di dalam menghakimi kes saya melawan Peguam Negara nanti.
“Saya berikrar kepada 30 juta rakyat Malaysia untuk melawan segala bentuk salahlaku ataupun salahguna kuasa oleh mana-mana pihak penjawat awam secara habis-habisan. Kita tidak boleh kompromi sama sekali dengan agenda salah guna kuasa oleh sesiapapun di negara ini,” katanya.
Shafee dilapor mempersoalkan tindakan Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman keputusan Peguam Negara kerana badan itu tidak mempunyai maklumat penuh mengenai kes berkenaan.
Mana tahu tetiba Pendi sakit perut dan dapat jadi pengerusi mana mana pelabuhan..! nama dah ada depan mata..! mendarat la..tak gitu???
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Rosmah mansor..

    BalasPadam
  2. Semenjak ghani patail kena terajang kesian aku tengok putramerdeka kalut semcama..sabaq la no..Bila Tun M gagah balik jadi PM ada can hang dilantik jadi tukang kebun istana hinggap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baling gelas kaca tak pecah la weii..hari ni awai lagi buat road show utk cari pengaruh yg dah terjejas kat kampung sendiri. org felda pun dah tak percaya dah gebang bapak penyamun ni. FGV lingkop sbb kebijaksanaan bapak penyamun ni la. hanya org bodo dan bangang ja yg maseh sokong dia

      Padam
    2. Sabar brader...ni baru nak start engine jgn kalut.

      Selama ni korang ja membontot ni kali bg kami plak buat gempak..

      Jangan kalut rileks..Najib akan turun bulan disember ni khairudiin yg habaq no...

      Padam
    3. Bangang betul komen 859.. sebangang penabur dedak..

      Padam
  3. Bro Putra Merdeka, apa status terkini online petisyen Deklarasi Rakyat.. ada 2 atau 3 website yang mengumpul penandatangan petisyen secara online. Bolehlah unpdate selalu supaya kami rakyat akan bertambah semangat dan bersatu hati dalam usaha menumbang rejim Najibul Al Bugishit.

    BalasPadam