Isnin, 28 Mac 2016

Bukti Baling Gelas Tak Pecah..!


Nampak???

Saya tidak boleh sokong pemimpin rasuah – Tun M

Dr Mahathir menceritakan beliau berhenti menyokong Najib Razak selepas tercetusnya skandal dan rasuah melibatkan 1MDB
Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berhenti menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tercetusnya skandal syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, beliau tidak boleh menyokong pemimpin yang dikaitkan dengan amalan rasuah.
1MDB dikaitkan dengan hutang sebanyak RM46 billion, membeli tanah milik kerajaan dengan harga murah dan menjual kepada pihak ketiga dengan harga berlipat kali ganda termasuk kepada Lembaga Tabung Haji.
Anak syarikat 1MDB, SRC International didakwa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan nama Najib daripada amalan rasuah.
Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat: Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, hari ini, bekas Perdana Menteri menceritakan beliau mulanya sangat menyokong Najib sehinggalah timbul skandal 1MDB.
Katanya, beliau sepatutnya memilih Najib sebagai penganti apabila membuat keputusan bersara 2003 tetapi Najib ketika itu masih muda dan peluang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Apabila Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah, saya sangat gembira. Isteri saya juga gembira. Beliau anak Razak ( Tun Abdul Razak). Tetapi akhirnya banyak perbezaan antara Najib dan bapanya,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Najib berbohong kepadanya mengenai pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungan Johor dan Singapura.
“Saya tidak marah kerana beliau tidak meneruskan projek ini tetapi saya marah sebab Najib membiarkan Singapura mengubah perjanjian. Mengapa Najib perlu mendapatkan kebenaran Singapura? Sebab itulah kita panggil Jambatan Bengkok. Kita sebuah negara merdeka, mengapa perlu mendapatkan kebenaran,” katanya yang tetap menyokong Najib ketika itu,
Katanya, Malaysia mahu membina keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura tetapi Singapura kata tidak boleh.
“Adakah kita di bawah Singapura? Inilah yang mengecewakan saya,” katanya yang masih setia menyokong Najib.
Katanya, Najib menggunakan wang kerajaan untuk menjadi popular dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Rakyat mahukan pekerjaan. Bukan menjadi pengemis. Mereka mahukan kerja. Ramai graduan yang terpaksa menganggur,” katanya.
Dr Mahathir akhirnya berhenti menyokong Najib selepas isu rasuah terutama melibatkan 1MDB.
“Mana mungkin saya menyokong pemimpin rasuah,” katanya.
Lagi..!

Dr M mohon Istana desak Najib berundur

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa hubungan kerajaan-istana lebih baik di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Malah, Dr Mahathir berkata, salah satu daripada rakan baik beliau ialah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.
Serangan yang dilapor dilakukan oleh Sultan terhadap jurulatih hoki pada tahun 1992 itu membawa kepada krisis perlembagaan, dengan kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu melakukan usaha memansuhkan kekebalan -raja- raja.
Mahathir berkata beliau tetap mengganggap Almarhum sebagai rakannya sehingga ke akhir hayat baginda.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Kongres Rakyat di Shah Alam.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir berkata beliau berharap pihak istana akan mendengar keluhan rakyat dan campur tangan dalam menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengngatkan semula bagaimana raja-raja Melayu memboikot angkat sumpah Gabenor-Jeneral British dari Malayan Union berikutan bantahan oleh rakyat yang membawa kepada pemansuhan kesatuan itu.
Insiden 1992 tercetus semula minggu lalu selepas cucu Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mengingatkan bagaimana Istana dihina dalam tempoh itu dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
Kenyataan tengku mahkota Johor itu menimbulkan spekulasi dan isyarat bahawa istana kini menyokong Najib. Bagaimanapun apabila ditanya beliau berpihak di sebelah mana, Tunku Ismail berkata "Johor".
Lagi..!

Dr M: Bukan kami tentukan siapa PM, tak semestinya Zahid

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gerakan 'Selamatkan Malaysia' tidak menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri akan datang.
Mahathir menekankan bahawa keutamaan kumpulan itu pada masa kini adalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.
"Selepas itu, kita akan putuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia bukan untuk kita menamakan perdana menteri daripada sini atau di sana.
"Perkara utama adalah beliau (Najib) mesti pergi kerana dia menjadi penghalang utama," katanya dalam sidang media selepas tamatnya Kongres Rakyat 'Selamatkan Malaysia' di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata berdasarkan konvensyen, perdana menteri adalah pemimpin parti yang memegang kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih jawatan PM jika Najib digulingkan.
"Tidak semestinya," katanya.
Berderai nampak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. Najib memang mahu mensabotaj ekonomi Malaysia, pembangunan dan penambakan laut di Perairan Selat Johor berhampiran kawasan Tambak Johor jelas menunjukkan bahawa Najib memang mahu membiarkan Tambak Johor berterusan di situ. Najib tidak peduli kesan kepada Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjong Pelepas yang terjejas akibat Tambak Johor di mana kawasan perairan Selat Johor tidak boleh dilalui secara terus dari Timur ke Barat dan sebaliknya.

    Jika kita lihat pembangunan di sekitar kawasan berhampiran Tambak Johor, sudah jelas bahawa kawasan perairan di situ makin sempit, maka pembinaan Jambatan Bengkok tidak dapat dilakukan kerana kawasan sekitar telah ditambak dan hendak dibina bagunan-bagunan di atas kawasan yang ditambak itu.

    Tindakan Najib mahu menghubungkan laluan Keretapi Laju hingga ke Singapura adalah tindakan yang mahu mengekalkan Tambak Johor dan menggagalkan pembinaan Jambatan Bengkok.

    Maka jika kita peka, prihatin dan cakna dengan perkara ini, kita boleh dapati bahawa suatu perancangan yang bodoh telah dibuat oleh menteri dan orang politik yang hanya mempedulikan keuntungan singkat tetapi menggadaikan maruah negara.

    Bagaimanakah kita boleh terus menyokong golongan yang sanggup mengkhianati negara seperti ini? Kerana dalam isu Jambatan Bengkok, samada Singapura bersetuju atau tidak, itu mereka punya pasal, sebab selama Singapura menambak laut di Pulau Tekong Kechil dan Tekong Besar hingga kedua-dua pulau itu menjadi satu pulau dan menyebabkan kawasan perairan berhampiran Tanjong Langsat di kawasan Kota Tinggi menjadi makin sempit dan cetek, ada pernah Singapura minta kebenaran dan persetujuan dari Malaysia dan Johor terlebih dahulu ke?

    Kita hendak bina jambatan di dalam kawasan perairan kita, lantak kitalah, apahal Singapura nak masuk campur pula? Dalam kawasan kita, kita ada hak, pasal apa Najib kata kena dapat persetujuan dari Singapura terlebih dahulu?

    Apakah Najib lebih mengutamakan kepentingan Singapura berbanding dengan kepentingan Malaysia? Umum mengetahui penentangan Singapura terhadap perobohan Tambak Johor adalah kerana kalau kawasan perairan Selat Teberau bebas dilalui dari Timur ke Barat dan sebaliknya, maka ini akan memendekkan laluan perkapalan dan akan menyebabkan kapal-kapal akan beralih kepada pelabuhan-pelabuhan di Johor berbanding di Singapura, ini yang ditakuti oleh Singapura sebenarnya.

    Tetapi tengoklah perangai tak guna para menteri dan perdana menteri kita sekarang ni, mereka bukannya nak utamakan kepentingan Malaysia, tetapi mereka lebih utamakan kepentingan negara luar seperti Singapura pula.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan, bukan Tanjung Langsat, tetapi Tanjung Belungkor.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. Aku dah cakap mamak anda ni xleh percaya hahaha

    Dia keluar Umno duk dgn pembangkang hanya sebagai bahan ugutan...

    Now dia guna ugutan tu hantar org tengah bincang dgn Najib ... Mamak anda leh senyap tp syarat letak anak dia di posisi dia mahu..

    Patut lah dia keluar Umno tp anak dia tak keluar.. kalau lah Najib terima tawaran dan letak posisi pada Mukhriz maka Mamak anda akan tembak semula pembangkang spt dia buat lepas berjaya perkuda semua utk jatuh Pak Lah...

    Anwar kena fitnah dan penjara (dipukul utk tujuan bunuh) kerana tak nak bailout anak dia... Pak Lah diserang hebat sebab menantu Pak lah kalahkan anak dia... kali ini rakyat nak diperkuda lagi sekali kerana anak

    ini cikgubard yg tulis..utk mahadir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2.21 cikgubad tu dah kantoi, dia dengan azmin tak sehaluan, anwar plak ada kesah?

      Lu punya teori bodoh tu hanya nak pecahkan agenda utama iaitu untuk najib letak jawatan seterusnya didakwa di mahkamah.

      Pepatah ada berkata pelanduk mungkin lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk!

      Rakyat tetap akan jatuhkan najib jika bukan hari ini PRU tetap akan tiba.

      Padam
  3. PERASAN atau tidak, dalam himpunan selamatkan Malaysia yang dianjur Zaid Ibrahim dan Mahathir semalam, tidak kelihatan satu pun kelibat keluarga Anwar Ibrahim yang dianggap ramai sebagai mangsa sebenar kediktatoran Mahathir dahulu.

    Mangsala tu, sebab cakaplah apa nak cakap pun yang masuk penjara ‘kerana Mahathir’, dia, yang hilang jawatan ‘kerana Mahathir’, dia. Malah, ramai bersetujju dengan penulis, prak perandanya karier politik Anwar ini pun adalah kerana Mahathir.

    Banyak yang dicakap konon Anwar dan keluarganya menyokong deklarasi Rakyat yang menaungi kempen Selamatkan Malaysia ini (dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak) tapi sehingga sekarang tidak ada satu gambar pun dimana menunjukkan salah seorang dari mereka (keluarga Anwar) dilihat bersama Mahathir dalam gerakan tersebut.

    Ini sudah tentu menggambarkan sesuatu.

    Come on la, Mahathir kirim salam pada Anwar, boleh dianggap Anwar sokong Mahathir, Nurul Izzah tandatangan Deklarasi boleh dianggap dia sokong Mahathir tapi tak seorang dari ahli keluarganya yang kelihatan dalam mana-mana program Mahathir, tak boleh nak kata apa=apa?

    Jadi persoalannya sekarang, Anwar sokong ke tidak kempen Mahathir nak jatuh Perdana Menteri secara tidak demokratik ni? Anwar dalam penjara, dia mana boleh datang sebab itu kelibat salah seorang ahli keluarganya penting untuk beri mesej yang dia sokong gerakan ini.

    Persoalan ini penting untuk dijawab sebab ia akan menentukan hala tuju penyokong pembangkang, terutama di kalangan orang Melayu yang sejak 1998 percaya Mahathir (hari ini dia sendiri mengaku) adalah seorang diktator. Puak ini nak Anwar jadi Perdana Menteri, bukan siapa calon yang difikirkan Mahathir.

    Takut-takut kena kelentong dek Mahathir pasal nakkan sokongan saja nanti.

    Cukup-cukuplah kena kelentong dengan Mahathir ni. Semalam pun kelentong dah bila kata masa dia jadi diktator dulu takde demonstrasi besar-besaran untuk jatuhkan dia. Nak kena kelentong sampai bila kita ni dek Mahathir?

    salam perjuanagn

    a ba ta
    abu bakar tahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2.25 ntah apa yang ditulis, nurul izah hadir per, anwar melalui kenyataan peguam menyatakan sokongan najib wajib letak jawatan seterusnya diadili dan didakwa di mahkamah. Seterusnya mengesahkan sokongan anwar terhadap anwar.

      Padam
    2. ***Mengesahkan sokongan anwar terhadap Tun.

      Padam
  4. Mana rakyat lebih caya....Najib atau Mahathir....cuba tanya apek tua apa mereka cakap...cubalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah tanya apek tua..tanya ja kat budak sekolah rendah, menengah, budak U yg tngh belajar atau yg baru grad Dip. atau Ijazah... atau mintak lah kad pengenalan mereka dan nyatakan untuk daftarkan mereka untuk jadi ahli UMNO...jawabanya kena maki lah kita....

      Padam
    2. Jiran2 & kenalan saya ramai Keturunan China. Mereka kata memang tak gemar Tun tapi hormat dan kagum dgn kehebatannya. Sebab itu mereka mengundi BN pd PRU 10 hingga Lim Kit Siang & Karpal Singh rebah tersungkur. Mereka masih mengundi BN setelah Tun bertindak cemerlang nentadbir ekonomi negara & menyerah kuasa kpd Tun Dol bagi persediaan PRU 11. Malang setelah menyapu bersih pd PRU 11, Tun Dol banyak zzzzzz dari bekerja & membiarkan budak2 liberal di tingkat 4 mengurus tadbir hingga Temasek Holdings kepunyaan Spura menjajah ekonomi dek ulah anak & menantu Tun Dol. Kes kapal selam Scorpene juga berlaku ketika Tun Dol zzzzzzzzz.

      Padam
  5. Walau apa macam sekali puak anti TUn Mahathir menafsir diri Tun. Kami anak2 Malaysia yang membesar pada zaman Tun Mentadbir Negara. Tetap kagum dan memandang tinggi terhadap beliau, termasuk juga di kalangan dunia 3 yang kagum kepada keberanian dan ketelusan beliau dalam perjuangkan keadilan sejagat yg jauh merentas warna kulit dan sosio budaya. Yang pasti Tun Dr Mahathir tidak punya wang berbillion dalam akaun peribadi beliau juga isteri.

    BalasPadam
  6. hindari fitnah wahai saudaraku...

    BalasPadam