Rabu, 10 Julai 2013

2 Calon Baru Berentap Di PRK Kuala Besut..



PAS menamakan ahli perniagaan, Azlan Yusof sebagai calon untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Nail, di sini, Selasa malam.
Azlan, 48, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' dikalangan masyarakat tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu terkenal di daerah ini.
Azlan akan berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37.
Kedua-dua calon berkenaan merupakan calon muka baru bagi parti masing-masing.
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.
Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan