Ahad, 14 Julai 2013

Duta Vatican Biadap..!

Kuala Lumpur: Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia, Biskop Joseph Marino, mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. 

“Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 


Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah khusus diguna pakai umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna mana-mana pihak.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan