Jumaat, 5 Julai 2013

Siaran Langsung Kiraan Undi RTM Dilarang...!

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyerahkan surat kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A.Rahim Jusoh (Pegawai Daerah Besut) ketika sidang akhbar mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, di Putrajaya, Jumaat.


Mujur la Pengerusi SPR tak liberal macam Shabery Cheek..
Mengenai cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk SPR memberi ruang kepada RTM membuat liputan secara langsung pada proses pengiraan undi itu bagi mengelak rasa curiga rakyat seperti insiden lampu padam yang berlaku sebelum ini Abdul Aziz berkata, setelah berbincang dengan kesemua panel SPR, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRK kali ini.
"Jika RTM mahu rekod pada proses pengiraan undi, SPR juga tidak dapat elak daripada pihak lain juga untuk rekod.
"Jadi SPR telah buat keputusan, bahawa kalau kita inginkan rakaman proses pengiraan undi itu, akan diuruskan oleh SPR sendiri tidak dari pihak lain," katanya.
Tambah beliau, parti yang bertanding tidak perlu bimbang kerana seperti kebiasaan akan ada wakil calon turut sama dalam bilik pengiraan undi itu.
Sementara itu SPR akan mengekalkan penggunaan dakwat yang 'lebih' kekal...
"Dakwat kekal akan terus digunakan, kecuali undang-undang dipinda. Dakwat kekal adalah syarat mengesahkan undi seseorang itu.
"Bagaimanapun dakwat kekal yang bebeza akan digunakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat SPR pada Jumaat.
Abdul Aziz memberi jaminan, kandungan silver nitrat yang terkandung dalam dakwat kekal yang baru mampu bertahan lebih lama daripada yang digunakan pada PRU-13.
"Kita ambil pertimbangan daripada kelemahan yang telah berlaku sebelum ini.
Pilihanraya berlangsung didalam bulan Ramadhan..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai sementara penamaan calon pada 12 Julai.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.
"Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.
Ditanya mengapa tarikh pengundian dan penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Besut diadakan pada bulan Ramadan, Abdul Aziz berkata ini bukan kali pertama SPR mengadakannya ketika umat Islam berpuasa.
"Bukan satu perkara luar biasa... Lagi lama kita tangguhkan PRK ini tempoh kempen akan lebih panjang," katanya.
Antara PRK yang diadakan pada bulan Ramadan ialah DUN Lunas pada 2000, selain PRK DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 1994.
Maklumat penting mengenai PRK DUN Kuala Besut:
Tarikh keluar writ: 5 Julai 2013
Tarikh notis pilihan raya: 6 Julai 2013
Tarikh penamaan calon: 12 Julai 2013
Tarikh undi awal: 20 Julai 2013
Tarikh pengundian biasa: 24 Julai 2013
Pegawai Pengurus Pilihan Raya: A.Rahim Jusoh (Pegawai Daerah Besut)
Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya:
1) W. Ismail Sahaimi W. Omar (Ketua Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Besut)
2) Ahmad Azizi Zulkifli (Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daeah dan Tanah Besut.
3) Mohd Huzir Mohamed (Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Besut)
Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya: Saidi Salleh@Sulong (Setiausaha Majlis Daerah Besut).
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen