Sabtu, 27 Julai 2013

Azam Pengerusi Perhubungan Baru...


JOHOR BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu berazam untuk terus mengukuhkan Umno supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.
Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno.
"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan Umno sebagai teras kepada B Nketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini Sabtu.
Menurut Khaled Nordin, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukhkan parti kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa Umno Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.
Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui Umno Johor dengan baik, Khaled Nordin turut meminta agar semua pihak terutamanya akar umbi agar memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.
Pada Jumaat, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.
Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan