Rabu, 31 Julai 2013

ISA..! Shafie Memulakan Jurus..!


Kalau begini cara berfikir..rasanya negara ini akan terus aman damai dan tenteram. Syabas kepada Dato Seri Shafie Apdhal kerana menggorak langkah menyahut seruan dan saranan rakyat terbanyak yang risau melihat perkembangan jenayah yang melanda kini.

Shafie senada dengan Zahid Hamidi yang kebetulan kedua duanya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO hujung tahun ini.

Nampaknya macam tinggal 1 sahaja ler kekosongan yang ada..huhuhu...

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.
   
Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.
   
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.
   
"Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
   
Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Insyaallah dia bakal PM pertama Malaysia dari Malaysia Timur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadikan ia manifesto kempen Naib Presiden UMNO dalam PAU 2013 nanti.

      Yang mana suka beri 'amaran' jer tu lebih baik berundur dari rebut jawatan. Beri pada pemimpin yang cakap dan buat kerja.

      Padam
  2. Sebagai seorang Ex timb mentri prtahanan, beliau selayaknya menjadi pm selepas nie... cuma aku takut nanti terlalu byk org yg akan mengaku "... iparlah kita nih!... " hehehe

    BalasPadam
  3. AMBIL HATI, MINTA MAAF. AMBIL HATI, MINTA MAAF. AMBIL HATI MINTA MAAF. AMBIL HATI MINTA MAAF. DUA DUA SAMA JE. TAK KENA TEMBAK PUN KITA BOLEH MAMPUS MEMIKIRKANNYA. TUTUP JE PENJARA BARU MALAYSIA HEBAT DIMATA DUNIA.

    BalasPadam
  4. Sokong Calon-calon yang nak bertanding dalam umno mestilah yang memperjuangkan untuk menghidupkan semula ISA .Perwakilan diminta sokong calon yang memperjuangkan ISA dihidupkan semula.Jangan nak tungu melayu bertindak sendiri kerana kerajaan hari sangat lemah dalam menangani isu penghinaan terhadap bangsa melayu dan agama islam

    BalasPadam