Selasa, 9 Julai 2013

Menanti Hadiah Terbaru Najib...!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta supaya mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai 'hadiah' kepada pengundi Melayu yang setia menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, cadangan itu penting untuk dipertimbang dan direalisasikan kerana ia akan membantu pengundi Melayu dari pelbagai sudut sama ada pendidikan atau perniagaan.

"Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, saya ingin mencadangkan supaya Perdana Menteri memberi 'hadiah' kepada pengundi Melayu bagi membalas kepercayaan dan kesetiaan yang dibuktikan mereka melalui undi yang membawa kemenangan kepada BN.

"Ganjaran itu boleh diberikan dengan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang meletakkan Mara (Majlis Amanah Rakyat) sebagai agensi bertaraf kementerian bagi menyalurkan sumbangan dan keperluan kepada kaum Melayu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selain itu, penubuhan kementerian tersebut bakal menjadi platform kepada agensi seperti Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk terus diperkasakan, katanya.

Menurutnya, ketika ini agensi tersebut berada di bawah kementerian berasingan dan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam mendapatkan bajet daripada kerajaan selain memperluaskan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, pada masa sama pengundi akan merasakan mereka lebih dihargai oleh kerajaan yang disokong dan mendapat manfaat sewajarnya atas undi yang diberikan.

"Saya juga yakin dan percaya bahawa kewujudan Kementerian Pembangunan Usahawan mampu memberikan impak yang dirasai masyarakat selain akan membawa kesan baik kepada kerajaan BN dan Perdana Menteri khususnya," katanya.

"Malah akan memperkasakan Mara dan agensi lain dalam menjalankan peranan sebagai agensi kerajaan yang menyalurkan sumbangan, pinjaman dan pembiayaan kepada rakyat," katanya.


Tunggu..! Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Bagaimana pulak dgn hadiah "pemansuhan akta hasutan"? mana lebih bernilai?

    BalasPadam
  2. Hadiah paling berharga untuk pengundi melayu..lantik NGO haram Hindraf diangkat bertaraf menteri.

    BalasPadam
  3. Sangat dialu2kan.. Ramai dari kalangan graduan muda sekarang bersemangat kuat dalam bidang perniagaan.

    Anak saya serta rakan2 dia (bidang Engineering masing2) ada yang telah membuka bengkel kereta/accessories, repair barangan letrik/electronik cara kecilan dari rumah, borong pakaian dan alatan spt beg tangan, kasut dll... Sudah berjinak ke luar Negara untuk mendapat produk2 yang diperlukan atau order terus dari internet.

    Dengan modal yang begitu terhad sesama mereka saling pinjam meminjam untuk mulakan perniagaan - networking rakan2 serta kaum keluarga.

    Saya harap dapat bantu mereka ini semua melalui Kementerian Pembangunan Usahawan...

    BalasPadam