Selasa, 9 Julai 2013

AES...Rakyat Didahulukan, Keselamatan Diutamakan...


Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan terbaru berkaitan isu AES, apa jua yang bakal diumumkan nanti tentunya yang mahu didengar dan diterima oleh rakyat ialah ianya menjadi pelindung dan bukannya bebanan kepada rakyat.

Rakyat sememangnya boleh menerima apa jua sistem yang diguna pakai oleh pihak kerajaan dalam melindungi dan menjaga keselamatan rakyat. Malah sejak dari wujudnya jalanraya pun rakyat sudah menerima undang undang yang datang bersama nya. 

Dari anggota keselamatan yang berdiri disimpang dan ditepi jalan hingga la kepada sebatang tiang kamera yang mampu menyebabkan rakyat menurunkan kelajuan hanya terpandang sign board nya. Begitu lah sikap hormat dan penerimaan rakyat terhadap apa jua sistem undang undang yang dipakaikan kepada setiap pengguna jalan raya demi mencapai matlamat keselamatan dan kesopanan dijalan jalan raya kita.

Semua rakyat tahu bagaimana Menteri dan Ketua Pengarah JPJ begitu bersemangat mengemukakan cadangan penguatkuasaan AES dahulu, kesannya KP pun dah pencen, Menteri pulak ditolak ke laut dalam PRU yang lalu. Antara sebabnya tidak boleh tidak mesti ada kesan dari kedegilan mereka dalam menguatkuasakan AES.

Berita terbaru mengatakan Kabinet akan membuat keputusan yang lebih halus dan teliti disamping menjaga kepentingan rakyat. Pengumuman mengenainya juga bakal dikhabarkan oleh YB Menteri Pengangkutan yang baru disamping KP JPJ juga orang baru.

Maka dengan semangat yang serba baru ini diharap rakyat akan diberikan didikan dan bukannya hukuman semata mata dan rakyat mempunyai pilihan dalam membuat bayaran dengan denda yang amat berpatutan. Jelasnya pihak kerajaan mahukan keselamatan pengguna jalan raya kita diutamakan dan rakyat pula mahukan satu sistem yang adil kepada mereka.

Dalam mencari situasi menang menang ini pastinya denyut nadi rakyat akan diutamakan sesuai dengan slogan Kerajaan - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. kan rakyat yang kat depan tu..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan