Nampaknya ramai pengikut dan kuda belang hamPAS akan ditahan oleh pihak KDN..!
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran Syiah.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan Syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, Khamis.
"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran Syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.
KDN pada Rabu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.
Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.
"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia beragama Islam supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.
Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia, beliau berkata tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama pertubuhan itu untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3) (b)Akta Pertubuhan 1966. -BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
yang amalkan syiah ditangkap.
BalasPadamYang hina Janggut Rasulallah, yang perlekeh Hudud tak kena apa-apa ke?
Nak jaga Islam, tapi masih double standard.
Hudud PAS tu lain drp hudud Islam. Hudud Islam dilaksana kpd semua, hudud PAS hanya kpd orang Islam kerana TAKUT HILANG UNDI org kafir. Maka tak salah jika hudud PAS ditolak. Berfikirlah gunakan otak, jgn jadi pengikut membuta tuli.....
Padam55 tahun memerintah Malaysia sampai sekarang belum terlaksana hukum hudud, siapa yang takutkan kafir sekarang ini?
PadamOii org diatas،kau ni pengikut syiah ke...bela semacam je..kerajaan buat yg betol sokong jela...
BalasPadam