Boleh jadi sembelit Kit Siang, Guan Eng, Karpal anak beranak serta para pemimpin komunis DAPig bila baca tulisan cina ni...
Layan..
Tulisan Profesor Dr Redhuan Tee Abdullah
DAP parti chauvinis dan kurang ajar
Baharu sahaja saya membahaskan kepentingan subjek teras universiti seperti, Kenegaraan Malaysia seperti yang dititahkan oleh Pemangku Raja Perak, tiba-tiba satu lagi subjek teras universiti yang lain, Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dipertikaikan oleh ahli parlimen DAP, pada 11 Julai 2013 yang lalu.
Subjek ini bukan sahaja mengajar tamadun Islam seperti yang didakwa, tetapi juga tamadun China dan India. Kenapa tamadun Islam sahaja yang dipersoalkan? Sedarlah Melayu dalam DAP, keluarlah dari parti perkauman ini. DAP adalah musuh Islam.
Beliau begitu berani menggesa Kementerian Pendidikan supaya menarik balik subjek ini sebagai subjek wajib kepada pelajar IPTA dan IPTS, kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada pelajar. Apakah beliau telah melihat silibus ini sepenuhnya? Jika tidak, pergilah mengaji?
Ternyata beliau amat jahil dalam memahami subjek ini. Selaku ahli parlimen dan juga seorang doktor perubatan, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu. Bukan membuat tuduhan semborono. Lagipun parti DAP selalu mendakwa mereka parti semua kaum. Ternyata parti ini amat chauvinis. Mereka tidak sepatutnya berada di bumi bertuah ini.
Selaku ketua program subjek teras universiti, TITAS bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi telah diadunkan tamadun dunia yang terutama tamadun China dan India. Pada ultra kiasu ini, mengajar tamadun Islam tidak boleh, tetapi mengajar tamadun China dan tamadun India tidak mengapa? Pemikiran rimba apakah ini?
Saya masih ingat, dahulu bila jam 8.00 malam semua saluran televisyen akan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu. Malangnya, kita bagi peluang kepada mereka membaca berita dalam bahasa ibunda pada waktu perdana tersebut. Bila kita mahu ubah, maka mengamuklah ultra kiasu ini. Bila hak mereka terancam, mereka melalak. Kita menjadi kelam kabut dan terus tunduk. Akhirnya, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak dapat. Hak kita pula semakin terhakis dan tidak mustahil hilang. Orang Melayu terus diam dan ikut sahaja keputusan pemimpin. Masihkah kita buta?
Orang Melayu tidak pernah bisingpun tamadun China dan tamadun India yang wajib diajarkan. Pelajar Melayu terima seadanya bagi menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah sifat melayu yang amat saya puji.
Peliknya bangsa lain tidak mahu cuba belajar tamadun bangsa lain, terutama tamadun Islam yang menjadi teras agama orang Melayu. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang telah berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur. Sebalik mempunyai cita-cita jahat yang terselindung.
Ingatan saya, jangan terus menerus mencabar kesabaran Melayu Islam. Buruk padahnya nanti.
Jika benar pun subjek tamadun Islam diajar? Apa salahnya? Islam adalah agama persekutuan dan agama majoriti penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional. Kecualilah jika ahli parlimen tersebut bercadang untuk berhijrah ke negara lain. Kenapa kita begitu beriya-iya belajar tamadun barat, tetapi bukan tamadun Islam (Melayu)? Nampak sangat beliau memandang hina kepada orang Melayu.
Beliau berkata, universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya. Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia? Persoalannya, kenapa perlu dibanding dengan universiti lain? Di manakah kita tinggal?
Mentang-mentang beliau belajar di luar negara, jangan memperlekehkan cerdik pandai IPTA dan IPTS di sini. Latar belakang negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Islam. Ia mesti dipertahankan. Kenapa nak samakan universiti Malaysia dengan universiti lain seperti universiti tempat ultra kiasu itu belajar.
Akhirnya, semakin bertambah ramai ultra kiasu dilahirkan. Saya ingatkan setelah sekian lama merawat pesakit, sikap beliau semakin terbuka. Rupanya bila menjadi ahli parlimen ultra kiasu, keadaan semakin buruk. Saya harap pesakit-pesakit Islam berhati-hati berjumpa doktor perubatan sebegini. Mungkin elok juga menjalankan praktis di negara China yang lebih sesuai kerana masyarakatnya bersifat homogenous. Tidak perlulah berada di sini jika tidak mahu mengenali tamadun orang lain.
Banyak universiti di dunia yang menawarkan subjek teologi dan perbandingan agama. Tamadun Islam dikaji begitu mendalam. Jadi, hujah beliau amat dangkal selain mahu menyakitkan hati umat Islam yang semakin terluka. Jangan hanya mendengar cerita-cerita ini daripada anak-anak ultra kiasu yang ada di IPTA atau IPTS. Menteri Pendidikan ada di parlimen, tanya mereka.
Untuk makluman, kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat); Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu; Tamadun China; Tamadun India; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Globalisasi; dan Islam dalam proses pembangunan negara.
Seperti subjek kenegaraan, tujuan untuk memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama. Pertama, membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban dan kedua; memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.
Selepas mengikuti kursus ini kita harapkan pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek-aspek utama tamadun, tamadun Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan. Seterusnya memahami dan mengaplikasi pengetahuan tentang ciri-ciri tamadun dalam kehidupan bermasyarakat
TITAS amat penting kepada rakyat Malaysia yang ingin hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Negara lain, kebanyakan sebangsa, mungkin mereka tidak perlu mempelajari banyak tamadun berbanding kita di sini.
Saya tidak dapat bayangkan jika mereka berjaya memerintah dalam PRU14, apa akan berlaku kepada subjek agama Islam, TITAS dan sebagainya. Apakah nama Islam akan dikeluarkan daripada negara dan dinonmuslimkan? Inilah kebimbangan besar kepada saya apabila ultra kiasu ini diberi peluang memerintah.
Saya harapkan umat Islam tidak buta dengan perancangan jahat dan licik ultra kiasu ini. Yang hairan kenapa PAS membisu seribu bahasa. Tegurlah ultra kiasu kerana mereka telah menjadi semakin kurang ajar. Apakah PAS dan PKR telah buta kerana terlalu ingin berkuasa?
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua Program
Program Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Faculty Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sungei Besi Camp
57000 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
pasai apa depa tolak titas? sebab depa tak mau rahsia besaq depa terbocor (diketahui oleh non-chinese). pendek kata tamadun china hanya berpusat & berlaku di bahagian utara & diselatan hanya barbarians. tok nenek depa kebanyakannya berasal dari selatan. sekarang dok bangga dgn tamadun cina yg berusia 5,000 thn tapi depa ni dari keturunan yg dijajah & dicinakan oleh pihak utara.
BalasPadambukan cina DAPigs je patut sembelit. Pemimpin kerajaan yg baru dilantik ni pun patut sembelit. Malu la sikit dgn ustaz yg seorang mualag, beriya2 mempertahankan islam dan melayu sedangkan pemimpin yg melayu itu sendiri, sibuk nak jadi bukan melayu.
BalasPadambukan beriya-iya pertahankan Islam. Sanggup mati atas tapak tu.
BalasPadam