Jumaat, 5 Julai 2013

Menteri Liberal Atau Menteri Bahlol...?

anwar jadi PM pun Shabery peduli apa..?
Tak ramai ingat bahawa Shabery Cheek ni pernah menjadi pemimpin muda Semangat 46 didalam gerakan menentang UMNO bersama sama Tengku Razaleigh satu waktu dahulu. Siapa yang mengenalinya secara rapat pasti tahu bahawa sejauh mana semangat dan sikap liberal beliau baik dalam setiap gerak kerja dan perbuatan beliau. Nak tahu tanya Roslan Latif...

Itu sebab semasa menjawat Menteri di KBS dulu bukan main meriah lagi Pusat Pentadbiran Kerajaan dijadikan pusat melepak dan bersuka ria anak muda hingga sanggup membayar sejumlah wang yang cukup mahal kepada artis K pop Korea demi mencapai semangat liberalnya, namun  kebetulan pulak seleranya sama dengan selera Najib dan barisan kepimpinannya yang suka dengan cara begitu hari ini. 

Hanya cadangan Shabery yang mahu Dewan Rakyat sekarang menjadi Dewan Parlimen Belia apabila pemulihan bangunan lama siap masih belum dapat direalisasikan dek kerana ramai orang tua seperti para Speaker Dewan tidak bersetuju yang mahukan bangunan dan bukit Parlimen itu ekslusif sebagai kawasan larangan yang mempunyai kemuliaannya yang tersendiri. 

Bagi mereka Bukit Parlimen yang dulunya tapak Istana Sultan Kedah merupakan sebuah pusat terkumpulnya kuasa rakyat yang telah, sedang dan akan terus memutuskan undang undang dan dasar pemerintahan bagi membangunkan rakyat dan negara. Bagi orang yang tahu menilai mereka tidak mahu kawasan yang berintegriti itu dibuat sesuka hati oleh mereka yang tidak selayaknya. Sejak merdeka rakyat dan negara terbina dengan peradaban dan tatasusila yang tinggi yang menjadikan kita sebegini hari ini.

Kini, bila menjawat jawatan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Shabery dilaporkan akan mengadakan siaran langsung semasa proses pengiraan undi bagi PRK Kuala Besut. Untuk apa? untuk memuaskan hati pembangkang? atau membantu pembangkang dalam menambah siri penipuan dan putar belit mereka? 

Apakah Shabery yakin Anwar dan konconya akan sujud dan tunduk serta mencium dahi luas Shabery dengan adanya siaran langsung ini kelak? Apakah pembangkang akan senyap, sunyi dan sepi dari mengekspolitasi siaran langsung tersebut? Apakah kerja kerajaan hari ini hanya mahu menurut dan mengikuti kehendak dan tembolok pembangkang semata? Apakah Shabery juga mengakui bahawa jika tiadanya siaran langsung maka penipuan memang berlaku seperti mana yang didakwa dalam PRU13 yang lalu?

Dalam segmen Parlimen siaran langsung sebelah pagi masa siaran sudah ditambah, semangat dan liberalisasi kerajaan BN dibawah Menteri barunya ini jelas terpancar apabila pihak Kerajaan dan pembangkang mendapat liputan yang adil dan saksama. Tapi apakah adil kepada pihak Kerajaan yang mempunyai wakil 133 orang berbanding pembangkang yang sekadar 89 ekor...!

Lebih liberal lagi laporan Parlimen di sebelah malam juga menjemput wakil pembangkang sebagai Ahli Dewan yang diwawancara berbanding hanya wakil BN dalam penggal yang lalu. Ini juga satu lagi transformasi dan liberalisasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan hari ini. Mungkin sikap memberi muka ini lah yang menyebabkan BN mendapat hanya 133 kerusi dengan kemerosotan majoriti termasuk Menteri liberal ini di Kemaman tempoh hari.

Baca hujah blogger jebatberkokok. disini.. Para Menteri kena ingat bahawa ramai orang Melayu yang mengetap bibir walau tak sejuih bibir Menteri yang berbuih buih dalam membentuk lanskap politik tanahair. 

Negara terbina dengan rakyat dan pemerintah yang adil dan saksama, pemimpin diangkat oleh rakyat yang mengizinkan mereka berada dipersada negara. Laksanakan amanah dengan jujur dan mengikut dogma yang wujud bersamanya. Baru rakyat boleh tersenyum gembira bukan mencebik bibir setiap masa.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Tuan , nasib orang melayu memang sedih . Memang menteri menteri ni dah lupa daratan. Tolong ingatkan mereka yang menangkan mereka dulu dan pulangkan kuasa mereka adalah orang Melayu yang berada luar Kuala Lumpur.

    Sekarang ni aksyen macam lah mereka sendiri yang kerja kuat. Yang kerja kuat tu akar umbi yang kerja tak kira hujan panas merayu undi untuk mereka. Orang bandar tak buka pintu gate pun untuk perayu penyokong kerajaan ni. Tengok kita macam sampah.

    Tapi apa pemimpin Melayu buat? Tengok la perangai Shabery Cheek ni nampak sangat pendek akal. Pegawai pegawai kerajaan di Kementerian Komunikasi ni mahu pemimpin Melayu berakal, berjiwa patriotik yang ikhlas dan bijak. Yang dah jadi kayu mati, terutama KSU apa bikin simpan.

    Ni kerja nak bagi siarang langsung PRK Besut ni idea KSU yang dah expired . Orang orang sama yang pimpin Kementerian dan agensi nya masih lagi beroperasi sedangkan Kementerian ni jadi antara sebab utama Kerajaan Barisan Barisan Nasional gagal meningkatkan majoriti malah mendapat kekalahan yang amat memalukan di Selangor.

    Sebab Kementerian yang menjaga imej dan mesej kerajaan gagal dan jatuh sembah bumi di dunia media baru. Lebih teruk lagi, mereka gagal di medan sendiri.Orang orang Melayu dan penyokong UMNO memang berhak marah dengan Kementerian ini dan Menteri nya jika masih 'tak sedar diri'.

    Pada PRU 13 Kementerian ni gagal tarik keyakinan penonton remaja dan bandar bermakna orang tak tengok la kamu cerita berkenaan apa kerajaan dah buat untuk kamu sebab cara pendekatan yang ketingalan RTM tu rakyat dah tolak. Sebab RTM, Penerangan , JASA dan FINAS hanya jadi burung kak tua pada kerajaan. Tak ada idea bernas sendiri yang membantu kerajaan.

    Bila pegawai muda beri cadangan bos takut nak bawak kedepan sebab dah terbiasa ketua kanan macam KSU dan Menteri sendiri maki hamun mereka sebagai pegawai bodoh.Bila majoriti kurang, siapa yang bodoh. Itu lah nasib orang Melayu. Ada yang berjawatan tinggi tak boleh memimpin.Bodoh sombong pulak tu. Sebab itu info info dan fakta kunun dari JASA dan Penerangan semua ketinggalan dan selalu salah.

    Semua fokus nak jaga kedudukan masing masing. Membodek Menteri dengan info salah,idea tak boleh pakai. Perkara biasa lah tu. Kalau Menteri baru dan tak pandai ,kena jual juga lah gitu.

    BalasPadam