Khamis, 11 Julai 2013

Anak Emas Ke Anak B*B*..?


Dari 2 Bilion sudah sampai 4 Bilion dan walaupun proses pembinaan Terminal baru KLIA2 ini sudah mencapai lebih 90% namun tiada kepastian bahawa ianya tidak meningkat lagi dan tidak pula boleh dipastikan secara mutlak bahawa ianya boleh digunakan pada masa yang telah beberapa kali ditetapkan..! 

Rupanya persoalan selama ini yang membelanggu pihak kerajaan terjawab apabila Timbalan Menteri menjawab...


Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan 'premium airport lounge'.
Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.
"Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam 'anak emas' untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.
"Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.
Baca lanjut di theunspinner bagaimana Air Asia yang merupakan 'anak emas' ini begitu bersemangat dalam menggondol apa jua peluang dan ruang hingga hak MAS sebagai syarikat penerbangan kerajaan pun tidak diberikan tempat sebegitu..! Baca di theunspinners. disini
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: