Selepas Azalina membayangkan mahu menawarkan diri mencabar Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO hujung tahun ini, nampaknya seorang lagi tokoh wanita yang jelas dari kem Rafidah iaitu Halimah Sadique membisu seribu bahasa apabila disuakan dengan soalan cepumas itu oleh wartawan di Parlimen siang tadi.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique hanya 'kunci mulut' berhubung kemungkinan beliau berminat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti tahun ini.
Halimah, yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang ditemui di Lobi Parlimen hari ini hanya menunjukkan isyarat mengunci (zip) mulut beberapa kali kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan ketua sayap UMNO itu. "Tak mahu, tak mahu (komen)," katanya.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil baru-baru ini mengesahkan hasrat mempertahan jawatan itu, yang dimenanginya pada 2009 selepas berdepan persaingan dengan Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said sudah menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Halimah dilantik menganggotai Kabinet Datuk Seri Najib Razak selepas berjaya mengekalkan kemenangannya di Parlimen Tenggara selama dua penggal berturut-turut sejak 2008.
Lebih ramai lebih meriah katanya...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Pemimpin Mlayu cuma berani mengambil tindakan terhaadp bangsa mereka sendiri dan setiap tindkan hanya lah hangat hangat tahi ayam
BalasPadam