Ahad, 14 Julai 2013

TPPA..Berani Kerana Benar..


Apabila Tun Dr Mahathir berhujah panjang lebar mengenai perjanjian TPPA yang dikuatiri tidak menguntungkan rakyat dan negara maka pihak Kerajaan wajar membalas balik hujah Tun M dengan lebih jelas dan meyakinkan...bukan senyap menikus..kata la benar walau pun  pahit..Kata pepatah berani kerana benar..!

Ada bran? kalau betul la...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".


"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan  TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Perhatikan sendiri beberapa pendapat dari America & Canada

    http://wubra.blogspot.com/2013/07/tppa-view-from-american.html

    BalasPadam
  2. aku tidak dapat bayangkan bahaya bala bencana yang akan menimpa negara malaysia ini akibat tindakan ah jib gol menandatangani TPPA ini ...

    kebebasan pengeluaran wang yang dilaburkan oleh para pelabur dan kerajaan malaysia tidak dapat menyekatnya dengan melaksanakan apa-apa undang-undang adalah ibarat menyerahkan kepala kepada puak gangster untuk disembelih tanpa ihsan.

    aku akui melalui persetujuan terhadap TPPA ini kerajaan akan dapat menarik pelabur amerika (baca yahudi) masuk ke dalam negara malaysia. maka pelaburan bertambah dan perindustrian berkembang dengan pesatnya ... cukai dan pelbagai pendapatan dapat dikutip melalui keuntungan pelaburan dan perindustrian ini ... kerajaan memperolehi pendapatan yang lumayan melalui keuntungan pelaburan tersebut ... kakitangan kerajaan akan menikmati pelbagai bonus dan elaun ... rakyat yang lain mendapat manfaat melalui pelbagai sumbangan yang akan kerajaan berikan ... rakyat mendapat pekerjaan melalui perkembangan pelaburan ... kerajaan akan dilihat sebagai sangat berjasa kepada rakyat ...indah dan menarik bunyinya ...

    apabila semua itu dinikmati oleh rakyat maka ah jib gol dan mustapa mamat akan heboh berbicara betapa bijaknya kerajaan dalam mengurustadbir negara ...

    aduhai ... oh aduhai ... panas jangan disangka sampai ke petang ... perjanjian yang dibuat itu sebenarnya adalah perjanjian dengan iblis dan syaitan besar ... kerana di sebalik semua itu sebenarnya perjanjian itu adalah dengan puak yang dilaknat Allah ... yahudi ... dan ianya dibuat melalui kerajaan amerika ... sebenarnya kerajaan amerika tidak terlibat pun ... ianya adalah antara pelabur yang menguasai kerajaan amerika dan negara malaysia ...

    apa kata jika negara israel menyerang dan membelasah rakyat palestine tanpa belas ... dan negara lain akan melihat negara malaysia ... yang suatu ketika dulu begitu perihatin membela rakyat palestine dengan bersuara di PBB ... OIC ... dan pelbagai kaedah lagi ... bagaimana suatu ketika dahulu negara malaysia begitu berani menghantar skuad putra untuk membantu memberi makanan, pakaian dan ubatan kepada rakyat palestine ...

    persoalannya akan adakah akan ada keberanian seperti itu lagi selepas TPPA ditandatangani? apa kata jika tiba-tiba para pelabur mengugut mahu menarik semua pelaburan yang mereka telah perbuat sekiranya malaysia tegas mahu mempertahankan palestine ... dan pelabur mata wang yang sedang menguasai Ringgit Malaysia pun turut memberi ugutan yang sama ... iaitu menjual Ringgit Malaysia dengan harga yang rendah serendah-rendahnya ... bayangkan penguncupan yang akan berlaku akibat dua durjana ekonomi ini ... pelabur dan pedagang mata wang ... sedangkan kerajaan tidak mampu membuat apa-apa tindakan untuk mengekang penguasaan mereka ...

    Akhirnya ... walaupun nwar berahi kekal sebagai pembankang dan yahudi gagal menguasai malaysia melalui nwar berahi ... tetapi melalui TPPA ini yahudi berjaya menguasai ah jib gol yang memimpin malaysia ...

    alangkah bijak laksananya orang tua dulu-dulu ... teori RAHMAN rupanya bukanlah sebuah teori ... tetapi suatu ilmu laduni yang dibuka oleh Allah kepada mereka (orang tua dulu-dulu) ... maka benarlah bahawa Ah Jib Gol adalah perdana menteri malaysia yang terakhir ... kerana tidak pernah ada cerita pun selepas huruf N ... Najib alias Ah Jib Gol siapakah perdana menteri malaysia ... kerana selepas itu (selepas ah jib gol menandatangani TPPA)siapa pun perdana menteri malaysia ianya perlu merujuk dahulu segala buah fikran kepada amerika (baca yahudi) sebelum dapat dilaksanakan dan dibentang ke dalam parlimen yang mulia itu ...

    Aku tidak tahu bagaimana kita mampu menyampaikan isyarat bahawa kita menolak TPPA ini melainkan Rakyat Kuala Besut yang sedang bergelut dengan PRK kali ini ... penolakan rakyat kuala besut kepada umno kali ini adalah bermakna penolakan rakyat amnya kepada TPPA dan penghapusan Akta Hasutan yang sedang diusahakan oleh ah jib gol ... biarlah ah jib gol ... gol seorang diri ... jangan rakyat malaysia seluruhnya gol sama ... renung-renungkanlah ...

    BalasPadam
  3. Menarik pandangan tuan hamba.Bermewah2lah dahulu dengan mengaburi mata rakyat,kemudian menderita sampai ke anak cucu.Habis ikhtiar aku,menginginkan konsep ekonomi islam yg sebenar2nya utk umat islam.Banyak perbincangan di artikel2 di laman web indonesia,malaysia dan sangat menarik.Cuma perlu ada sentuhan instrumen dgn gaya pemikiran islamik yg tepat sehingga menepati syariah.Konsep di Malaysia sememangnya, sudah ada,cuma perlu buat pembetulan,di rangka semula hingga boleh di kembangkan,menjadi satu produk. Perlu ada keberanian serta rujukan kepada pakar2 ekonomi islam dan kovensional serta alim ulamak termasuk dewan perniagaan islam.Banyak rujukan di laman web yg menunjukkan kepada permasalahan ekonomi di zone eropah mengikut kacamata islam.Euro masih tertakluk kpd penjanjian FTA hnya mampu menyerah diri kpd IMF dan badan kewangan dunia.Dia saat ini,mereka tidak mampu utk keluar dari krisis ekonomi walaupun dgn lambakan cara suntikan dana bantuan.Krisis ekonomi di eropah adalah di sebabkan oleh sikap boros,salah takbir,gagal mengurus dgn baik,manipulasi,perjudian,tiada kebijakan dan paling utama adalah di sebabkan sistem yg terikat serta "RIBA".Malaysia pula tertarik,menarik dgn perjanjian TPPA.Perlu ada huraian yg menyeluruh atas kerahsian keterlaluan tersebut tanpa ada perasaan was2 dan masih berselindung.Biar terang dan jelas lagi nyata.Sememangnya kedaulatan negara dan hak bumiputera tidak terjejas tetapi tidak ke arah kpd pengisian keseluruhannya.Ini adalah faktor kerana kaum bumiputra itu sendiri masih di dalam keadaan yg lemah.

    BalasPadam