Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.
"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.
"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.
"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong berkenaan," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof.
- BERNAMA
Lepas ni tuduh UMNO buat hal
BalasPadamDalam bulan puasa pun sikap orang pas tak berubah
BalasPadamGanas sebab ditarbiyahkan DAP dan Tok Garu N.ajis jadi gitu. Sebab tu aku benci PAS!
PadamMacam Syiah kat Syria...
BalasPadam