Isnin, 29 Julai 2013

Stop Ke Kaji?


KDN kata STOP..! KKMM pulak kata kaji..! yang mana satu nih?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

"Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog" katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

"Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September  2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.


"Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.


Menteri buih pulak kata..

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayangpada Ogos ini.
Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagimembebaskan Tanah Melayu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya selepas meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya.
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata, Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.
Ahmad Shabery berkata, jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.
"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.
"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan