Ahad, 7 Julai 2013

RUU ISLAM - IKUT NASIHAT AGAMAWAN...!


Dalam bidang politik, orang yang terlibat didalamnya ialah orang politik, tak kira latar belakangnya apa..! ahli agama ke, peguam ke, wartawan ke, penjual burger ke mahu pun jaga sekolah..! mereka yang berkecimpung dan memperjuangkan politik maka mereka adalah orang politik..!

Namun dalam isu agama, isu syarak, isu agama yang kita imani tidak boleh tidak mesti mendapat bimbingan, nasihat, pandangan waima teguran dari mereka yang ahli dan arif mengenainya..! tak boleh suka suka..tak boleh ikut tekak kita...tak boleh kerana nak jaga kepentingan kuasa yang ada..!

Hak tetap hak..!

MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara’ termasuklah  isu  Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.
Mufti Pahang,  Datuk Abdul Rahman Osmanberkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara’ kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.
Menurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.
“Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam.
“Jadi apa yang kita lakukan dan bercanggah dengan syara’ perlu berbincang semula.
“Kalau ikut undang-undang Persekutuan kalau anak-anak yang belum mencecah umur 18 tahun walaupun sudah akhir baligh tak boleh tukar agama, tapi kalau dalam Islam mengikut syara’, ibu atau bapa Islam, anak tersebut mesti mengikut ibu atau bapa yang Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  berkata Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.


Beliau berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.

“...dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam.

“Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.


"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman juga berkata dari segi undang-undang, pihak yang terlibat perlu melihat dari pelbagai segi dan jika bercanggah dengan syara’ perlu disemak semula.
“Kalau kita tengok ada akta bercanggah ken abincang semula, semak smeula sampai ia tepati syara’.
“...mungkin juga Perlembagaan perlu dipinda jika ia tak mengikut syara' atau agama Islam,” katanya.
Sehubungan itu, dipetik daripada satu portal berita,  Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata undang-undang Syariah perlu diikuti apabila proses penukaran agama hanya membabitkan sebelah pihak sahaja.
"Secara peribadi, saya fikir kita perlu ikut undang-undang Syariah apabila berkaitan perkara ini kerana ia dinyatakan dengan jelas bahawa bapa mempunyai hak untuk menentukan agama anak-anak yang masih belum mencapai akil baligh.
"Jika bapa memeluk Islam, secara automatik kanak-kanak itu akan menjadi orang Islam," katanya.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. ia mestilah merangkumi di dlm sosial ekonomi islam(hak istimewa orang melayu islam),orang islam tidak terlibat dgn riba.Orang bukan islam,sememangnya,terlibat secara langsung dgn riba.Maknanya orang bukan islam keseluruhannya dlm keadaan rugi.Di dlam dunia pun, mereka di dlm kerugian.

    BalasPadam