Najib pernah berkata bahawa zaman Kerajaan tahu semua telah pun berlalu dan jelas kebenarannya, namun nampaknya yang tinggal ialah zaman pemimpin benar belaka masih lagi kekal... masih lagi ditakuk lama, selagi ada penjilat @ punaisihat yang kaki mengampu maka selagi itu juga ler pemimpin tidak akan menerima gambaran betul akan sesuatu perkara dan selagi itu juga ler pemimpin benar, betul dan maksum akan kekal dipasaran....
Baca apa yang Dato Kadir Jasin tulis ni...
MARI kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah.
Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino “campur tangan” dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia?
Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.
Archbishop Marino serah watikah kepada Yang di-Pertuan Agong |
Tapi nak marah kepada dia pun tak boleh. Dia orang agama dulu. Kemudian baru diplomat. Jadi dia wajib utamakan agama dia daripada diplomasi(baca di sini)
Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican?
Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam.
Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu “Allah” mereka tentulah sokong agama mereka.
Pokok pangkalnya, Pak Lah buka pintu kuala dan Mohd Najib runtuh pintu kuala atas nama keterbukaan (openess), 1Malaysia, keterangkuman (inclusiveness) dan macam-macam lagi slogan dan klise liberal.
Jadi, apalah yang peliknya kalau segala macam sampah sarap keluar masuk muara dan dibawa air pasang sampai ke hulu?
Inilah yang jadi kepada Melayu (dan secara terus kepada Islam) kalau kita bergantung sangat kepada kepemimpinan politik yang hanya hendak jadi popular, hendak dilihat liberal dan sederhana (moderate).
Siapa Beria-ia Jalin Hubungan Dengan Vatican?
Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011?
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.” (Baca di sini)
Perdana Menteri dengan Pope Benedict XVI di Vatican, 2011 |
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?
Kalau ada pemimpin Islam dalam kerajaan BN yang belum dijangkiti penyakit koro, mereka wajiblah memanggil Duta Vatican itu dengan segera. Setakat Jamil Khir Baharom buat kenyataan media saja tak cukup.
Tak payahlah pecat dia. Bagilah nasihat kepada dia. Boleh jadi dia tak faham keadaan di Malaysia. Bagi ingatan kepada dia yang perbuatan dia umpama mencurah minyak ke dalam api yang sudah pun membara.
Kalau begitu banyak pemimpin beragama Islam tak boleh ajar seorang Kristian, teruklah kita. Anifah Aman duduk buat apa?
Harap-harap ada lagilah pembesar Islam yang tidak menderita koro. Wallahualam.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Salam.
BalasPadamAku ni orang tua dari kampung.
Tak berapa reti sangat nak berbahasa - bagi menyampai pandangan.
Aku cukup setuju apa yang diperkatakan.
Sejak beberapa tahun lalu aku perhatikan pemimpin dan juga bangsa aku sahaja yang terhegeh-hegeh untuk menjaga "keharmonian" lalu apa yang ada dikorbankan.
Pada hal "mereka" bencikan Islam dan Melayu dan bersikap "pepat di luar, rencong di dalam.
Dan oleh kerana tak siapapun berani bersuara atau menyanggah "mereka" kini sudah berani menyakitkan hati orang Islam dan Melayu dengan berbagai cabaran.
Bertambah parah luka kita apabila "kerabat" sendiripun bersikap "enau dalam belukar"
Biarlah orang kutuk dan perlekeh kita asalkan kita berpegang pada jati diri - bersabar ada batasnya dan bukan kerana nak jaga hati orang lain kita bersedia menyerah apa saja asalkan Melayu terus dipuji tentang sopansantun dan pemurah. Di belakang kita diketawakan sekuat-kuatnya dan entah apa lagi penghinaan yang dapat mereka lakukan.
Yang salah tetap salah - tiada kompromi atau "diplomasi"
Tindakan mesti disegerakan..
Harap sangat PM bacul kita buat satu tindakan yang lebih berani daripada bacul. hantar duta haram ni balik negeri dia. Kalau PM bacul tak berani minta bini dia sj buat...mana pejabat kedutaan ni? agaknya dah sampai masa kita pi kepong ramai2 kat pejabat kedutaan ni.
BalasPadamOh My PEM Najib ....what have you done ???/ useless
BalasPadamPee 'Em.. that's what the PM has done.......he has peed on every Malay/Muslim/Bumiputras and highly lifted the Chinese....
BalasPadamNajib is the PM for Chinese and he should leave or be ousted from office. Shame that he is Tun Razak's son....the architect of Malay growth...
In the same vein, don't forget what CIMB, formerly and has its roots in Bank Bumiputra, totallly destroyed and dismantled by his own son.
I wondered what the late Tun would have said if he knew what his sons have done.....