PAS Hancur..!!! nampaknya kehancuran hamPAS bukan diambang pintu lagi malah sudah melangkau masuk ke semua pintu hamPAS baik diperingkat pusat mahupun di peringkat negeri. Puak hamPAS sudah tidak boleh menahan diri untuk mengkritik dan melabel sesama ahli walaupun di bulan puasa dan walaupun kepada murSHITdol hamPAS nya sendiri!!!
Akhirnya perjuangan sesat PAS semakin menghampiri noktahnya..
Surat terbuka untuk TGNA.
Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.
Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.
Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...
1) Khalid Samad2) Dr Zulkifli Ahmad3) Hanifa Maidin4) Mujahid Rawa5) Husam Musa*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”
Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.
Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.
Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.
Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!
Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?
Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.
Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.
Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.
Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.
Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?
Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?
Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.
Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.
Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.
Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.
Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.
PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.
PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.
Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.
* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Agama liberal bukan islam liberal ! Agama ikut suka sendiri ! Sedang Islam bermakna penyerahan diri ketundukan dan kepatuhan kpd Allah swt, dan ini tidak berlaku pd penganut agama liberal ini. Mrk hanya menyatakan patuh pd yg mrk persetujui, yg tak bersesuaian dgn kehendak dan nafsu mrk tidak mrk patuhi dan tidak mrk menerimanya.
BalasPadamPAS adalah sebuah parti politik...dalam kontek sebuah parti mmg mcm tu..ada kelemahan dan kelebihan..
BalasPadamPAS mempunyai satu kelemahan yg paling dahsyat yg akan mengakibatkan kehancuran !! Ianya SYIAH ! Penafian dari pemimpin tertinggi PAS ttg Syiah memberi lampu hijau kepada Syiah utk menonjol..
kes2 skandal sex pemimpin PAS tidak berapa memudaratkan walaupun ahli2 PAS sendiri masih menunggu jawapannya..tetapi Syiah ini amat menakutkan utk melihat kesannya kepada PAS dan umat islam seluruhnya..
PAS sekarang kearah kehancuran! PAS kini hilang arah perjuangan! ceramah demi ceramah mentaksubkan pengikut mereka dgn fitnah2 dan merupakan sumber kewangan pemimpin mereka..tanpa ceramah di surau/masjid..PAS hanya menjadi satu parti tuppperware saja..
islam dilelong hanya untuk kuasa peribadi..menggunakan islam utk menjadi senjata untuk membunuh umat islam yg lain..
akhir zaman ini, umat islam dalam kecelaruan...namun hati yg hitam gagal mendapat pencerahan sebenar nasib umat islam di malaysia kelak. Itulah PAS !
PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan agama islam..mereka membuat undang2 hudud hanyalah untuk mendapat populariti, untuk menang didalam pilahanraya. Setiap kali hendak pilihanaraya kita akan lihat isu hudud ini akan digembar gemburkan dan yang paling hebat sekali sekali ialah presidennya dan banyak ahli2nya bersetuju untuk melelong kalimah Allah pula. Parti PAS pasti akan hancur bersama-sama ahli-ahlinya yang sesat ini sampai satu ketikanya nanti.
BalasPadam