Tulisan Profesor Dr Redhuan Tee Abdullah
Kebelakangan ini saya saya begitu teruja dengan pandangan beberapa orang pemimpin bukan Islam Pakatan Rakyat Selangor (exco dan bekas exco). Pertama, exco yang baru dilantik jawatan kerajaan tempatan, melahirkan kebimbangan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu. Beliau mahu mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki dan sebaliknya, boleh membendung kejadian pelacuran. Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci.
Kedua, cadangan seorang bekas exco, agar kerajaan Selangor memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam. Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.
Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan awam. Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang semakin serius.
Syabas! atas ‘kesedaran’ ini. Saya harap negeri-negeri lain turut melihat perkara ini dengan serius. Ikutlah Islam, nescaya kamu akan selamat. Selamat dunia, selamat akhirat. Islam begitu jelas dalam memberikan justifikasi kenapa perkara tersebut diharamkan. Sebab itulah, Islam awal-awal lagi mengatakan jangan kamu hampiri zina dan arak, serta apa jua perkara yang boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Selain dari dua isu ini, ada beberapa lagi isu seperti judi, pusat hiburan, pergaulan bebas melampau dan sebagainya. Semua perkara ini bertali-temali. Jangan kita sangka selesaikan satu masalah, semua masalah akan selesai. Selesaikan kesemuanya. InsyaAllah, banyak kesannya. Saya harap ADUN bukan Islam itu faham.
Dalam Islam, apa yang diharamkan, jangan lihat dari sudut negatif semata-mata, seperti menyekat hak asasi manusia. Larangan atau pengharaman tersebut, perlu dilihat daripada sudut yang positif. Ada sebab musabab kenapa arak, judi, zina dan bunga-bunga ke arah itu diharamkan. Jangan kerana kita suka (syok) dengan perkara tersebut, kitapun benarkan. Atau janganlah kerana kaum sendiri yang banyak terlibat, maka kenyataan sebeginipun dikeluarkan.
Isu ini bukan isu kaum, tetapi merentasi sempadan dan batasan agama. Kegiatan pelacuran, judi dan arak bukan suatu perkara yang baharu. Bisnes ini mendatangkan keuntungan yang besar. Maka tidak hairanlah, pusat-pusat hiburan menjadi sarang pelacuran, termasuk rumah urut, sama ada urut kaki atau urut badan.
Justeru saya amat mengharapkan Pihak Berkuasa Tempat (PBT) berhati-hati apabila meluluskan bisnes seperti ini. Bukan apa, takut yang menjadi mangsa adalah orang kita.
Kita perlu belajar daripada ketegasan Ed Husic, anggota Parlimen Chifley (Australia) yang beragama Islam. Ed Husic mempertahankan tindakannya mengangkat sumpah jawatan Kabinet Australia dengan menjunjung al-Quran, sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Jalur Lebar di hadapan Ketua Gabenor, Quentin Bryce pada Isnin lalu.
Ed daripada Parti Buruh merupakan wakil rakyat pertama beragama Islam dikritik hebat oleh rakyat Australia dalam media-media sosial kerana tindakannya itu. Beliau yang merupakan anak kepada migran Bosnia yang menetap di Australia berkata, beliau faham kebimbangan yang dilahirkan oleh beberapa pihak, namun keputusannya jelas dan mudah iaitu berdasarkan agama yang dianutinya. Ketegasan beliau amat mengkagumkan.
Kata beliau: ''Saya tidak mahu mengangkat sumpah jawatan tanpa berasaskan agama dan dengan menjunjung al-Quran, mengukuhkan komitmen saya kepada negara dan rakyat. Tidak mungkin saya akan mengangkat sumpah jawatan menggunakan kitab Injil dan saya tidak mahu mengucapkan ikrar''.
Selepas majlis tersebut, akaun Ed di laman web Facebook dipenuhi pos-pos yang marah dengan tindakannya menjunjung al-Quran ketika majlis angkat sumpah jawatan tersebut. Pemimpin parti pembangkang, Tony Abbott berkata, rakyat perlu menghormati pilihan Ed. ''Saya menghormati keputusannya. Rakyat Australia juga perlu berbuat demikian.
Tindakan ini amat profesional. Saya amat mengharapkan pemimpin negara kita akan mencontohi sikap beliau. Tidak ada kompromi dalam perkara berkaitan dengan prinsip.
Amat malang sama sekali jika kita tunduk kepada tekanan ultra kiasu. Misalnya, isu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Pandangan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat tepat. Undang-undang termasuk Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan ultra kiasun. Jika kerajaan mahu memansuhkan dan menggubal undang-undang baru menggantikannya, kajian dan pandangan umum mesti diambil kira, selain membandingkan dengan keadaan negara lain.
Banyak kesilapan yang telah kita lakukan termasuk memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tanpa mengambila keadaan dalam negera. Hari ini, kenapa begitu ramai yang begitu kurang ajar dan begitu berani mencabar isu-isu sensitif. Jawapannya mudah, ISA sudah tidak ada. Bayangkan selepas ini jika Akta Hasutan dihapuskan. Apa yang boleh kita lakukan apabila Islam dihina, jika bukan sekadar mengeluh…
Lu Fikir La Sendiri..!!!
Lu Fikir La Sendiri..!!!
KESILAPAN PM ADALAH MEMPERCAYAI 100% PENASIHAT KESELAMTANNYA YANG MENCADANGKAN ISA DAN BEBERAPA AKTA YANG MELINDUNGI NEGARA DIHAPUSKAN. PM JUGA TIDAK BERBINCANG TERLEBIH DENGAN PDRM AKAN APA AKIBAT DAN MUDARAT YANG AKAN DIHADAPI OLEH NEGARA.
BalasPadamMALAYSIA ZAMAN MAHATHIR DIKATAKAN NEGARA POLIS, PM TAKUT NEGARA LUAR KATA MALAYSIA NEGARA POLIS, ITU SEBAB DIA HAPUSKAN AKTA YANG MENYEKAT SESUATU KEJADIAN BURUK SEBELUM BELAKU, KONONNYA NEGARA DEMOKRASI DAN KEBEBASAN RAKYAT.
TERNYATA 100% PENASIHAT KESELAMATAN PM GAGAL DALAM MENJAMIN KESELAMTAN NEGARA. SATU CONTOH PENGECILAN SKOP PENUGASAN POLIS MARIN HANYA 5NM, DENGAN ALASAN TUGAS POLIS HANYA MENCEGAH JENAYAH DILAUT, DAN PERANAN POLIS MARIN SELEBIHNYA DIBERIKAN PADA SEBUAH PASUKAN HANYA BERTARAF AGENSI SAJA BUKAN SEBUAH JABATAN, KERANA KEGAGALAN AGENSI INILAH BERLAKU PENCEROBOHAN LAHAT DATU DISABAH
AKIBAT DARI SKOP TUGAS YANG TERHAD MAKA MAKLUMAT PENCEROBOHAN TIADA DIPEROLEHI DARI LAUT. MAKA BERLAKULAH KES PENCEROBOHAN LAHAT DATU DISABAH
KEADAAN INI SAMA SEPERTI SERANGAN BOM DI MUMBAI INDIA KERANA TIADA JARINGAN MALUMAT DALAMAM POLIS UNTUK BERTINDAK LEBIH AWAL , INDIA SEBELUM SERANGAN HANYA BERMEGAH DENGAN PENGAWAL PANTAI . BILA TERJADI SERANGAN MUMBAI MEREKA MENGAMBIL CARA PDRM YANG MEMPUNYAI JARINGAN MAKLUMAT KEMUNIKASI YANG LENGKAP DARAT LAUT UDARA, SEKARANG GURU YANG MENGAJAR NEGARA INDIA SAMA SEPERTI INDIA SEBELUM BELAJAR DARI MALAYSIA. IBARAT KETAM MEYERUH ANAKNYA BERJALAN BETUL PENCEROBOHAN LAHAT DATU SATU BUKTI KEGAGALAN PENASIHAT PM YANG SEBALIKNYA MERUGIKAN NEGARA BERJUTA2 RINGIT DAN KEHILANGAN NYAWA PASUKAN KESELAMTAN.
OLEH KERANA PENASIHAT PM LEBIH KEPADA NASIHAT POPULARITI MAKA SEGALA ANCAMAN DI KETEPIKAN ASALKAN PM JADI POPULAR DAN NEGARA BIAR MUSNAH.
SEKIRANYA TIADA KEJADIAN PENCEROBOHAN LAHAT DATU, MUNGKIN PDRM HANYA ADA POLIS BALAI DAN FRU SAJA, CAWANGAN LAIN AKAN DIHAPUSKAN SEPERTI NAKORTI DISERAH KEPADA AADK, JENAYAH PERDANGAN DISERAH KEPADA KPNKK/ BANK NEGARA, TRAFIK DIDERAH KEPADA SPAD, UNIT UDARA POLIS KEPADA DCA, SB AKAN DITUBUH SATU BADAN SEPERTI FBI, KOMANDO69 UNIT TINDAK KHAS AKAN DITUBUHKAN , POLIS MARIN DISERAH PADA APMM
kalaupun penasihat nyer punyer cadangan,abis tuh najib nih tunngul kayu ke.?? akhirnya yg memutuskn pn najib gak..bukan penasihat2 kayu dia ek..
BalasPadam