Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anggota UMNO perlu melakukan perubahan yang lebih komprehensif jika mahu parti itu terus relevan dan kekal berkuasa pada masa depan.
Menurut Muhyiddin, walau apa jua keputusan pengundi dalam pilihan raya umum lepas, anggota UMNO tidak boleh berputus asa dan perlu terus kuat semangat dan kental menghadapi persekitaran politik kini yang disifatkan lebih mencabar.
"Bila saya turun di sesetengah tempat, ahli kini kurang bersemangat...
apabila ditanya mereka menyatakan keadaan ekosistem politik sudah berubah dan bimbang akan kalah.
"Penting dalam situasi sekarang, walau apa keputusan yang dibuat pengundi kita harus menghadapinya.
"Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri UMNO Bahagian Pagoh hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perubahan itu amat penting kerana jika tidak UMNO tidak akan mampu bertahan dan persoalan sama Umno relevan atau tidak akan terus berbangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyeru pemimpin UMNO supaya berada di barisan hadapan dalam memperjuang isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
Beliau berkata, ada pihak melihat Umno terutama sayap Wanita dan Pemuda banyak berdiam diri apabila isu tentang hak Melayu dan Bumiputera diperdebatkan.
"Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota UMNO supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam. - BERNAMA
Kalau melihat kepada gerak kerja ahli umno diperingkat cawangan dan bahagian bahagian hari ini.. memang dia orang sedang rancak ke hulu ke hilir..kemana? banyak rombongan ke Medan, Jakarta, Beijing, Hatyai, Gold Coast malah umrah sedang giat berjalan...!
Pasti mereka semua memerah otak berbincang bagaimana mahu menguatkan parti kan? Malah mereka pergi kesana dengan duit sendiri dan berkongsi hasil penat lelah memenangkan parti dalam pilihanraya hari tu..! Mana ada orang taja..! mana ada ???
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan