Khamis, 18 Julai 2013

Sama Arr...Malaysia Ponggg...!


Chelsea jangan ingat dia ajer...

Malaysia pun pasti akan menurunkan pasukan terkuatnya... tak caya cuba tengok kesebelasan@kebelasahan macam kat atas tu...tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!

DEMI peminat setia Chelsea di negara ini, kelab Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan menurunkan barisan terkuat apabila menentang skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Ahad ini.


Menurut jurulatihnya, Jose Mourinho, selain tidak sabar menantikan pertembungan dengan pasukan Malaysia, beliau juga menjanjikan aksi menghiburkan khususnya buat peminat mereka pada perlawanan itu nanti.


"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Chelsea di rantau ini kerana menyokong kami dan bersama-sama kami sejak sekian lama.


"Peminat sudah lama menantikan kehadiran kami dan kami berjanji akan menurunkan pemain terbaik kami.

"Ini adalah hadiah istimewa kami untuk anda," kata Mourinho kepada pemberita malam ini.

Mourinho juga memberitahu jelajah pra-musim ini penting bagi pasukannya sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim Liga Perdana Inggeris.

"Saya gembira dapat kembali ke Chelsea dan jelajah pra-musim ini penting kerana ia memberikan pemain untuk mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan.

"Ia juga pemanas badan yang bagus sebelum bermulanya liga Perdana Inggeris," kata jurulatih berasal dari Portugal itu.

Mengulas mengenai peluang Chelsea untuk cemerlang pada musim akan datang, Mourinho berkata beliau optimis pasukannya akan mengecapi kejayaan di Stamford Bridge pada musim baru ini.

"Saya kembali ke kelab yang saya cintai.

"Saya mengenali ramai pemain di sini, mentaliti dan cita-cita mereka sebagai pemain.

"Kami perlu bekerja keras dan berusaha dengan kualiti yang dimiliki," jelas Mourinho yang pernah membawa Chelsea ke Piala FA 2007 dan dua Piala Liga termasuk kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-juara sebanyak dua kali.

Ngabiskan beras jer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan