Apabila dah terasuk dengan politik perkauman komunis DAPig yang menebal akhirnya kerjaya mulia sebagai seorang doktor pun akan hina dina kerananya..! Biadap..!!!
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bagi menyiasat dakwaan tiga doktor mengamalkan perkauman dan memberi layanan buruk kepada beberapa pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jawatankuasa itu telahpun memulakan siasatan dan berjaya mengumpul maklumat daripada pesakit terbabit.
"Kami telahpun menubuhkan jawatankuasa berkenaan dengan pengarah kesihatan negeri menyiasat perkara itu, dan siasatan dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin MIC negeri di sini, Isnin.
Beliau berkata siasatan masih berjalan dan jawatankuasa berkenaan akan menyerahkan laporan penuh kepadanya.
Isu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri awal bulan ini oleh Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Ditanya sama ada kementerian itu masih menunggu laporan kerajaan negeri Pulau Pinang, Subramaniam berkata pihaknya membuat siasatan sendiri dan membincangkan isu berkenaan dengan pesakit serta doktor terbabit.
Beliau juga sudah melihat laporan pesakit berkenaan dan mereka ternyata tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima.
"Kami sudah mengenal pasti beberapa masalah yang membawa kepada isu berkenaan, termasuk kemahiran komunikasi yang teruk dan kekurangan kemahiran klinikal.
"Ia tidak kelihatan seperti membabitkan unsur perkauman. Secara kebetulan doktor yang terlibat adalah orang Cina manakala pesakitnya pula Melayu," katanya.
Pada 23 Julai, Roslan mengadakan sidang akhbar dan membawa pesakit yang didakwa menerima layanan buruk daripada doktor berkenaan di dua hospital kerajaan di negeri ini. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan