Sabtu, 21 September 2013

Timbalan Menteri Ni Betul...Tapi Bodoh..!

sajer pilih gambar blur...nyampah nak tengok muka mamat nih..ptuiihh!
Sekor lagi Timbalan Menteri yang bodoh..! Takde angin takde ribut..tiba tiba dia buat kenyataan. Ramai sekarang orang politik yang bercakap dia lupa asas dia menjawat jawatan! asasnya ialah politik!!!

Kalau nak neutral sangat tak payah berpolitik la bongok..! jadi pensyarah ke penyelidik ke..kan elok..! 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).
Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.
“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

7 ulasan:

  1. Itu yg di namakan BANGANG....byk tol mentero Najib yg bangang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara seperti tu sensitif, tak payah le buat kenyataan begitu kerana ia seakan kerajaan tak kisah. Hati tentera, Polis dan rakyat yang pernah disiksa pasti akan terguris. Sepatutnya dia beri kenyataan, "biar pihak berkuasa jalankan tugas, saya percaya mereka tahu bagaimana untuk menghalang abu mayat tersebut masuk ke Malaysia..".

      Padam
  2. Kau org semua ni betul jenis species dajal. Sesiapa yg bercakap benar dilebelkan bodoh, sesiapa yg berbohong utk selamatkan kerajaan 47% manusia genius.

    BalasPadam
  3. Memang betul apa! Kalau abu masuk plastic, bubuh dlm beg, nak kesan mcm mana? Pakai anjing pengesan dadah? Bodoh betul, menyusahkan pelbagai pihak! Biarlah kalau bawa masuk abu tu cara seludup pun buka siapa tahu ...

    BalasPadam
  4. Timbalan Menteri tu cuma nak "forewarn" mana2 agensi terlibat tu saja.Misalnya,pihak Immigresen nak tahan pembawa abu apek Peng di pintu masuk KLIA,mestilah pegawai bersedia dgn prosidur bahkan perundangan sekaligus.Nah semua agensi terlibat terpaksalah merujuk kpd penasihat undang2 jabatan mana satu akta perundangan yg tepat/sesuai/relevan dipakai jika nak tahan "abu" apek tu.

    hehe kita bukannya loyar pun.Timbalan Menteri tu loyar beb.

    BalasPadam
  5. 1. Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
    2. Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.
    3. “Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,”

    Mari kita jawab satu persatu.
    1. Apa pasal pulak kita tak boleh menghalang sesiapa yg teringin membawa abu mayat chin peng masuk Malaysia? Adakah pengharaman oleh pm kita tentang perkara tersebut tidak boleh terpakai? siapa yg jadi pemerintah sekarang? KDN, imigresen dan lain2 agensi bawah siapa, pembangkangkah?
    2. Jika dapat tahan seseorang @ kumpulan yg didapati membawa abu mayat chin peng di lapangan terbang, pihak berkuasa tidak tahu nak buat apa? buat bodoh je la!!! aduhhh....timbalan menteri cap apakah ini? gunalah mana2 kaedah, sekatan, akta dan sebagainya untuk halang. luar biasa sangatkah tugas2 mcm ni...huhhh!!!
    3. Malaysia tidak ada undang2 untuk menangani perkara seumpama ini.......bla bla bla. Timbalan menteri KDN ni seorang peguam. tapi rasanya kena bukak sikit buku2 akta, peraturan dan undang-undang yg sebenarnya beliau habis belum bukak sebab baru jd timbalan menteri KDN. jadilah timbalan menteri yg mengikut arus perdana. tak payah la nak tunjuk lebih bijak, lebih tahu dan lebih lebihan kerana akan memudaratkan sekumpulan atau keseluruhan rakyat negara ini. kerana pulut santan binasa beb....

    BalasPadam
  6. Inilah rupa menteri atau timb menteri yg Najib pilih.

    BalasPadam