Selasa, 24 September 2013

Macam Ni Punya Jenis Pengerusi Perhubungan..!

gambar sekadar hiasan...san..san..!!!

Susah la kalau Pengerusi Perhubungan jiwa macam budak budak...

Coretan The Unspinners dibawah..


Kisahnya ini adalah seorang Ketua Perhubungan yang bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Nama kami tak akan sebut kerana nanti dianggap cuba gagalkan dia yang sedang bertanding di pemilihan UMNO. Jadi kalau yang boleh teka, jangan sebut nama, kerana kami hanya menegur.

Oleh kerana MB atau KM agak muda, maka President parti meminta sipolan ini menjadi Ketua Perhubungan. MB pun bukan Ketua Bahagian.

Tapi nampaknya Ketua Perhubungan ini sudah mula main game pelik dan anih. Asal mesyuarat perhubungan dibuat, ianya diadakah ketika MB atau KM perlu berada di Kuala Lumpur atau lain-lain kawasan.

Mula-mula hanya kebetulan tapi lama kelamaan nampak sangat ianya diatur. Kadang kala MB atau KM di beri short notice untuk hadiri mesyuarat. Dalam UMNO, nampak sangat MB atau KM diketepikan.

Ini tentu sekali tidak sihat. Tidak hairan jika satu hari jawatankuasa perhubungan UMNO bleh tidak seirama dengan kepimpinan negeri dan berlau pergeseran dan perbezaan pendapat yang boleh aberakhir dengan pertembungan politik. Negeri ini tidak susah untuk berlaku perkara demikian.

Telik punya telik, rupanya Ketua Perhubungan ini ada adik yang ADUN. Sebelum ini dia dikatakan ada pakat dengan seorang yang kini ahli Parimen untuk ahli Parlimen tersebut dijadikan MB atau KM tapi rancangan itu tidak menjadi.

Harapan kkami satu saja. Cukup cukuplah dan jangan nanti negeri ini pula jatuh ke PAS kerana pergaduhan sesama kita atas kepentingan peribadi.


theunspinners

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. YYANG WA X THN TENGOK SIAP MEMBONGKOK CIUM TGN FUYOOOOO...GEREKKK SEYHH KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. Tu gambar lama, masa dia pi jumpa Presiden buat rayuan sbb nama dia tiada dlm senarai calon PRU suatu masa dulu ... la nie dah jadi menteri cabinet, lainlah kot dia punya gaya ...

    BalasPadam
  3. Ooohhh .... yang selalu suka pakai kepiah tinggi tu ka..
    Awat hangpa ingat aku tak kenai ka?
    Tak pa aih dia jadi Ketua Perhubungan Negeri ... dia pun dulu MB jugak ..

    BalasPadam
  4. Bro,
    Sib baik tak jilat sampai ketiak...

    BalasPadam
  5. Sib baek tgan najib yg diciumnya..kalu ciom tgn aljub aku x tau la nsb blakang dia nti

    BalasPadam
  6. Sib baek tgan najib yg diciumnya..kalu ciom tgn aljub aku x tau la nsb blakang dia nti

    BalasPadam