Isnin, 9 September 2013

Tiada Penceroboh Kiram Di Sabah & Sarawak..


Jangan dengar khabar angin..! banyak angin yang menyebabkan kita semua menutup hidung..!

Pasukan keselamatan menafikan dakwaan palsu oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kononnya seramai 4,000 pejuang Tausug yang berada di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan dan bersedia untuk berperang.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan hanya propaganda kumpulan berkenaan bagi menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

"Berdasarkan risikan awal perkara itu hanyalah temberang dan tidak benar," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media Filipina dan antarabangsa yang kononnya tentera pejuang bangsa Moro telah diaktifkan. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen