Jumaat, 20 September 2013

Apa Hal Pulak 1000 Sebulan?


Biar betul..? dan kenyataan ini boleh dianggap betul kerana jumlah yang dikeluarkan datang dari pihak konsulat...Soalnya kenapa banyak sangat?

Apa sebenarnya sebab yang menjadikan rakyat kita menyeberang kesana? Tak dapat izin mak bapak? tak dapat izin isteri? apakah kerana program dan pengisian kursus yang membeban dan membosankan? Apakah kerana disulitkan setiap perkara? Apakah kerana sistem kita terlalu banyak kerenah?

Atau apakah harga yang di 'tawar' kan oleh mak bapak terlalu tinggi? atau apakah budaya dan adab sudah terlalu longgar hingga orang kita mudah membelakangkannya? atau apakah sudah terlalu rosak sosial dikalangan kita hingga ramai yang ter'mengandung' baru nak menikah?

Atau apa sebenarnya?

Lu Fikir La Sendiri!!!

SONGKHLA – Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.
“Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.
“Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan,” dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam.

5 ulasan:

  1. Turunkan harga hantaran dan belanja kahwin!

    BalasPadam
  2. permudahkan urusan berpoligami

    BalasPadam
  3. harga hantaran tu sruh la bakal mak bapak mertua turun kan...xkan nak slh kan kerajaan kot....belanja kawin tu ikut slera kita la nak beli barang tu mahal ke x.....

    BalasPadam
  4. Jantan semua nak yang murah.... Semua pemalas nak kumpul duit nak kawin...... Lepas kawin menyusahkan bini dan mertua. Tak mampu kahwin puasa la dulu. Cukup duit baru kawin.... Nak murah..... Minta nasihat PR. Mereka pandai bab-bab nak turunkan harga ptuiiii

    BalasPadam
  5. tah, takkan tahu nak ngenjut jer, cari duit dululah, hehe peace..

    BalasPadam