Rabu, 25 September 2013

MCA - Liow Kena Belajar Bukan Kurang Ajar...


Apabila MCA memutuskan usul untuk tidak mengemukakan wakil didalam Kabinet, EXCO Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan selepas PRU lalu semua bersetuju. Tapi kenapa pula sekarang seakan beruk kena belacan? Kenapa pulak cadangan yang datang dari Presiden MCA dan dipersetujui bersama itu menjadi senjata kepada group 14 ini untuk menentang dan melawan Soi Lek?

Pasti ada sebab kenapa Soi Lek mengemukakan cadangan tersebut dan dengan sebab yang difikirkan wajar itu juga la para pemimpin dan ahli MCA meluluskan usul tersebut. Tapi kenapa pulak group 14 merasakan sebab dan kewajaran yang mereka sendiri pegang dan sokong tidak lagi relevan sekarang?

Apakah group 14 sudah berjaya menarik sokongan masyarakat cina untuk menyokong parti mereka dan seterusnya sudah berjaya memutihkan kawasan kawasan yang hitam menjadi putih? Apakah group 14 sudah berjaya mengembalikan MCA ditempat asalnya dengan menafikan pengaruh DAP yang dilihat semakin berkembang? Apakah group 14 sudah berjaya meraih sokongan dan dokongan generasi muda cina yang sudah termakan hasutan komunis DAP hingga tergamak menterbalikkan Jalur Gemilang?

Kalau jawapan nya ya dan sudah berjaya, bukan sahaja MCA malah parti komponen terutama UMNO pasti akan mendesak agar wakil MCA dikembalikan jawatan mereka kedalam kerajaan. Namun jika masih lagi ditakuk lama, masih lagi dalam keadaan yang sama seperti PRU yang lalu kenapa pula usul ini menjadi asas kepada group 14 untuk menentang seterusnya mahu mencabar Presiden MCA tersebut?

Yang jelas group 14 dilihat hanya mementingkan kuasa! hanya mementingkan kedudukan didalam kerajaan! Kalau begitu, bukan kerja dan keikhlasan dalam memperkasakan parti yang menjadi keutamaan. Yang utama ialah jawatan..!!! Kalau nak jawatan masuk DAP pun boleh dapat jawatan. Tak payah nak menentang Soi Lek dan tak payah nak menambah parah MCA.

Jenis pemimpin macam ni sekali jari dipetik, berlori lori boleh dapat di Petaling Streets...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Baca juga kupasan justread-disini.

2 ulasan:

  1. Nak jawatan kabinet pastikan MCA kasi menang BN dulu dalam PRU 14 dengan merampas kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mereka tewas dulu. Baru boleh cerita pasal jawatan kabinet dan exco Negeri.

    BalasPadam
  2. MCA pun tak perlu mendesak,mencadang atau apa saja kepada kerajaan sekarang..kerana MCA tidak mewakili kaum cina...lu luluk liam liam sudah....kasi DAP bikin kirja...kalau bole kasi tutup itu MCA...lagi baik maaaaaa

    BalasPadam