Khamis, 19 September 2013

SPRM Buat Part Time Jual Kereta Terpakai...?


Macam main main pun ada...soalnya siapa main siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim menafikan laporan akhbar pada Rabu bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.
Suhaimi merupakan setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewaktu Shahrizat menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya di sini pada Rabu.
Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.
SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan. - BERNAMA

1 ulasan: