Berita sedih lagi mengejutkan, sebagai hamba Allah dan sesama muslim mari kita menadah tangan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan disisi para solehin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya.
Siapa pun beliau, bersaksilah kita semua bahawa beliau merupakan orang yang baik.
Islam mengajarkan kepada kita kebaikan sementara UMNO mendidik kita akan nilai kemanusiaan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Muhyiddin Wakili Kerajaan, Umno, BN Ucap Takziah Kepada Keluarga Azizan
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan Malaysia, parti Umno dan Barisan Nasional (BN) mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pagi Khamis.
Timbalan perdana menteri turut menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan terutama di Kedah.
"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, parti Umno dan BN, kami hendak merakamkan rasa sedih kerana Allahyarham sewaktu hayatnya telah beri banyak sumbangan kepada pembangunan di Kedah khususnya sewaktu menjadi menteri besar.
"Atas dasar itu, kami rasa pemergian itu satu kehilangan sebagai sahabat dan pemimpin. Kita ketepikan soal politik kerana kami yakin pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi kita juga," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.
Muhyiddin berkata beliau mengenali Azizan secara peribadi dan pernah melawat pemimpin PAS itu di hospital sebelum ini.
Timbalan perdana menteri turut mendoakan agar roh Azizan dihimpunkan bersama-sama golongan yang soleh.
Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang.
ALOR SETAR 26 Sept. - Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Nor Zaini Morad berkata, melalui diagnosis yang dijalankan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah.
''Allahyarham mula kritikal sejak awal pagi semalam setelah jantung terhenti kira-kira pukul 3 pagi semalam.
''Selepas itu Allahyarham diberikan rawatan intensif dan antara organ yang gagal berfungsi ialah buah pinggang, organ mata, lemah saraf dan keadaan peredaran darah yang lemah di bahagian kaki.
Menurutnya, selain itu, Allahyarham juga menghidap komplikasi akibat penyakit diabetis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan