Isnin, 9 September 2013

Cina Ni Terus Pertikai Kedaulatan Negara !

Baca tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

Malaysiaku berdaulat, benarkah?


(Sinar Harian 9.9.13)

Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009 kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.

Suka atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi. Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin. Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?

Kita sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20 (dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.

Saya perincikan sekali lagi perjanjian air antara kita dengan Singapura. Sejak dahulu kepemimpinan Singapura mengulangi akan terjadi perang jika air dihentikan atau dicerobohi kawasan tadahan air di negeri Johor.

Malah, kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu, selainkan terpaksa bersetuju.

Persoalan saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.

Tidakkah kita sedar bahawa perjanjian bekalan air antara kerajaanMalaysia dan Singapura sentiasa menjadi beban politik kepada kita kerana ia langsung tidak menguntungkan kita. Ini tidak termasuk ruang udara kita yang sentiasa diceroboh.

Malah, Singapura untung berlipat kali ganda memperniagakan air yang kita salurkan dengan harga yang tidak masuk akal. Selain daripada dijual mahal kepada kita semula. Mereka juga membuat keuntungan berlipat ganda dengan menjualnya kepada kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Singapura hanya membayar 0.03 sen setiap seribu gelen. Malaysia pula menurut perjanjian baru air tahun 1962 perlu membeli air terawat dari Singapura pada harga 0.50sen setiap 1000 gelen. Sedangkan Melaka membeli air dari Johor pada kadar 0.30 sen setiap seribu gelen. Sehingga kini (2061) kita jual air kepada Singapura pada kadar 0.03 sen bukan 0.30 sen! Sebab itu Singapura cepat maju, sebab mereka pandai memanipulasikan keadaan. Kita pula bagaimana?

Dalam perjanjian air, terang-terang menyebut bahawa kita ada hak untuk mengkaji semula harga air tersebut. Kenapa sukar sangat untuk Singapura mematuhi dan berbincang mengenainya.

Teks bahasa Melayu:-
"Klausa 17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan: "Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987, kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga tersebut."

Hari ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.

Pada 1 September 2011, Syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura  telah menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johor iaitu Loji Air Gunung PulaiLoji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam Tebrau,Johor.

Pemulangan kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.

Kenapa jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut. Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku.

Persoalan saya, ketika orang lain asyik menyindir dan menekan kita, adakah kita mahu terus bersabar? Apakah kita terus mahu berada di tempat yang kalah? Bila pula kita mahu menang?

Sun Tzu pernah memberikan nasihat, kenali diri dan musuh, anda akan menang ratusan pertempuran. Adakah kita sudah mengenali diri dan musuh? Saya fikir belum. Kita terlalu banyak berpolitik sehingga terlepas pandang ancaman ini walaupun telah 56 tahun merdeka. Berdaulatkah kita sebenarnya?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Singapork juga membeli petrol dan diesel murah di Johor menggunakan harga subsidi di pam-pam stesen milik cinabeng. Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem biometrik kepada sesiapa saja yang ingin membeli petrol di pam minyak. Jika warganegara dapat subsidi jika orang asing kena bayar harga penuh tanpa subsidi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu buat macam sistem biometrik, caj je singapura RM10/20 setiap kereta yang berulang alik setiap hari, yang bermalam di Malaysia tu tak perlu caj.

      kalau dia ugut nak boikot, buat je tek terboikot depa sebab barang kat johor murah 2 x dari singapura tak luak pun.

      Padam