Rabu, 4 September 2013

HOT..! Kuasa Menteri KPDNKK Bertukar?


Menteri cap ayam ni telah pun mengeluarkan amaran keras sekeras kerasnya, mungkin KPDNKK pun boleh buat tajuk lagu bagi ditujukan kepada para peniaga yang sewenang wenang menaikkan sebarang harga yang menjerut kocek rakyat dan pengguna kesan dari kenaikan harga minyak. Amaran Menteri adalah seperti berikut...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan penguatkuasaan maksimum bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan kenaikan harga minyak.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kementerian sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua keadaan termasuk melakukan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kawasan-kawasan tertentu yang terdapat laporan kenaikan harga barangan.

"Peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang, mereka yang berdegil, kementerian tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan 2011.

"Kajian bahagian dasar dan penguatkuasaan kementerian mendapati pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 hingga 1.3 peratus sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Para pembaca budiman boleh lah sambung membaca kenyataan lanjut tersebut di sinarharian.

Itu kenyataan amaran yang begitu berwibawa dari seorang Menteri cap ayam katik diatas tu. TAPI... Macam mana pulak kenyataan beramaran keras Menteri cap ayam dan sebuah kementerian penguatkuasa yang menjaga kepentingan peniaga dan pengguna boleh di 'ayam ayam' kan oleh sebuah persatuan?

Apa yang Menteri cap ayam dan Kementerian nak bertindak dengan kenyataan persatuan ni..

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini. 

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail, berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu. Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke KualaLumpur atau Singapura. 

"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di sini.

Masih murah lagi kenaikan tu..! siap menganjing lagi..!!! boleh teruskan baca di bharian.

Bila kita kata Menteri haprak macam kat sini bukan main marah marah lagi para punahsihat Menteri cap ayam, tapi bila kita keluarkan 'amaran' awal persatuan tu baca di sini pagi tadi agak agak Kementerian dan persatuan ada buat pertemuan dan berbincang?

Akhirnya rakyat dapat melihat dan menilai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

Ini lah masaalah nya apabila Menteri dan pihak penguatkuasaan hanya bertindak dan buat buat kerja selepas sesuatu perkara berlaku.

Itu yang Menteri cap ayam dan para pegawai KPDNKK boleh kata harga minyak tak naik hanya beberapa jam sebelum pengumuman rasmi oleh Najib.

Kalau Menteri cap ayam dan KPDNKK boleh tersasul, melatah, tak bermaklumat dan dilihat kacau bilau dalam mengendalikan urusan rakyat, bagaimana dengan nasib rakyat dan pengguna? kepada siapa nasib kami nak disandarkan?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Ek eleh Kpdnkk nak pantau barangan tidak naik harga!!!!!
    Ayam sekor pun tak bolih nak pantau kenaikkan harga semasa hari perayaan. Suruh dia nasihat pengguna tak yah isi minyak kereta,jalan kai gi kerja.

    BalasPadam
  2. nanti akan keluar kenyataan, kita jangan beli apa2pun yg harganya dinaikkan. jangan beli beras, ikan, gula, tepung dan segala bagai keperluan asas. kita mesti boikot. boikot sampai kita mati sebab tak beli makanan..... sadin cap ayampun rasanya akan naik harga pak menteri oiii!!!

    BalasPadam