persaingan naib presiden bakal menjadi antara yang tersengit.
zahid hamidi terus kekalkan momentum di hadapan dan menjadi pilihan utama kerana ketidakpeduliannya melanyak penyangak dan pembangkang kiri dan kanan disukai majoriti bangsa melayu.
shafie apdal bakal mendapat saingan sengit untuk mendapat majoriti undi sabah sekiranya musa aman ataupun saleh said keruak masuk.
namun di kala ini, shafie punyai slight kelebihan kerana kementeriannya membabitkan pelbagai bahagian umno di semenanjung. arguement ini walaupun nampak berasas, namun dalam politik segalanya mungkin.
Baca lanjut di blog otai GAP disini.
Walau siapa pun biarlah mereka yang boleh menjaga wadah perjuangan bangsa ini iaitu parti UMNO, kerana dengan keikhlasan sahaja para pemimpin ini akan mengangkat darjat, harakat dan martabat agama, bangsa dan menjaga kedaulatan negara.
Jangan sampai Melayu berdagang di tanah tumpahnya sendiri. Sekarang ni bangsa Melayu dan umat Islam nak bekerja dengan memakai tudung pun ditolak mentah mentah oleh orang lain.
Baca lanjut berkaitan penghinaan ini di blog kita anak melayu.disini.
Ada ke perasaan dikalangan para pemimpin UMNO kini? apa yang Menteri agama buat untuk membetulkan salah fakta dikalangan para peniaga ini?
Apa yang Menteri agama dan Menteri Komunikasi buat dengan menggejalanya babak seks bebas didalam drama dan filem tempatan? Apakah masih ada perasaan dikalangan pemimpin UMNO kini?
Banyak sungguh isu isu yang begitu mendesak para pemimpin untuk tampil kehadapan dan menjuarainya bagi mempertahankan maruah bangsa?
Apakah kewajaran pemilihan ahli UMNO kali ini?
Apakah akal budi menjadi asasnya?
Lu Fikir La Sendiri!!!
UMNO mesti ada PERUBAHAN supaya kekal RELEVAN dalam kalangan rakyat MELAYU. PERUBAHAN mesti dilakukan kerana pada saat ini rakyat Melayu sudah mula mempersoal kredibiliti UMNO dalam banyak perkara. UMNO perlu memperbaharui SEMANGAT MELAYUNYA, JIWA MELAYUNYA dan MEMPERJUANGKAN MASA HADAPAN, ARAH-TUJU MELAYU.
BalasPadamMesti kita ingat UMNO bukanlah hak pemimpin UMNO tetapi UMNO adalah hak RAKYAT MELAYU. Kita mahu UMNO terus KEKAL relevan, terus memacu peranan utk rakyat Melayu, menjadi tulang-belakang utk rakyat Melayu dan terus memertabatkan Islam.
Mesti kita ingat.....rakyatlah yg memilih dan MENENTUKAN kerajaan jadi perlulah pendapat dan pandangan rakyat yang positif itu diambil-kira juga oleh pihak kerajaan. Pilih dan letaklah pemimpin-pemimmpin yg LAYAK, BERTANGGUNGJAWAB, TEGAS dan yg paling penting BERJIWA-SEMANGAT MELAYU JATI pada setiap jawatan dan tanggungjawab yg ada.
Sedarlah bahawa kini Melayu sudah dicaci-hina, dipertikaikan, dipersoalkan, Islam juga dihina.......dan mahu atau tidak, hakikat sebenarnya kita sudah mula cuba dirempatkan dan diketepikan di tanah sendiri. Ini sudah terbukti berlaku di sesetengah tempat di tanah ibunda kita. Layakkah kita diperkotak-katikkan di bumi sendiri???
Ketepikanlah KEPENTINGAN POLITIK, PANGKAT, KUASA dan WANG-RINGGIT. BEKERJALAH demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR IBUNDA kita. Ayuhlah wahai pemimpin MELAYU JATI yang BERJIWA dan BERSEMANGAT MELAYU TULEN........KEMBALIKAN dan PERTAHANKANLAH "MARUAH MELAYU" kita.........sesungguhnya kami di belakang kalian........."TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA"........amin....