Isnin, 2 September 2013

Menteri Haprak..!!!


Lewat petang tadi Menteri Hassan Malik ada berkata...

Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

Kenyataan Menteri ni pun ada aku posting di sini menteri-nafi-harga-minyak-naik sumber kenyataan Menteri dipetik dari akhbar Sinar Harian juga ada aku link sama walaupun tetiba bila klik jadi 'opss laman web sedang tergendala'. Apa tujuannya? nak cover line? nak sorok kenyataan?

Apa la nasib rakyat Malaysia dapat Menteri macam ni..! Apakah benar Menteri ini tak tahu menahu berkaitan kenaikan harga minyak yang merupakan isu utama lagi penting kepada rakyat dan negara? Apakah Menteri haprak ini langsung tidak dimaklumkan oleh Najib? Apakah Najib tidak melaporkannya kepada kabinet?

Kalau benar Menteri haprak@jangan makan ayam ni tak tahu...bagaimana Menteri yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang, perkhidmatan, sewa dan lain lain yang terkesan dari kenaikan harga minyak ini di pasaran boleh mempastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan?

Jika benar bermakna kementerian dibawah seliaan Menteri haprak ini hanya akan membuat pemantauan dan pemerhatian selepas sesuatu isu berlaku dan dilaporkan, jika begitu bermakna Kementerian Menteri haprak ini langsung tidak mengambil langkah pencegahan dan menyediakan plan jangka pendek dan jangka panjang dalam membendung gejala kenaikan harga melampau oleh para peniaga yang cukup berselera mahu mencekik pengguna atas alasan kenaikan harga minyak..!!! 

Tentunya Menteri haprak dan kementeriannya ada jawapan kepada masaalah yang pasti berlaku dalam membendung kenaikan harga barang atas kesan kenaikan harga minyak kerana mereka TIDAK TAHU DAN TIDAK DIMAKLUMKAN. habis cerita...!!!

Macam mana pulak kalau Menteri haprak ini sudah dimaklumkan lebih awal, apakah tidak dilihat bahawa Menteri haprak cuba menipu? atau Menteri haprak cuba menyorokkan bau bangkai yang sedia menyengit? Tidakkah ada jawapan lain yang lebih bijaksana yang boleh diberikan oleh Menteri haprak dalam merasionalkan kenaikan yang bakal diumum?

Aku panas bukan kerana harga minyak naik..! itu isu yang lain.. ! Tapi panas kerana tahap otak Menteri langsung tak menggambarkan kebijaksanaan yang sewajarnya...bongok..!!!

Lepas ni Menteri haprak nak ajak rakyat jangan pakai minyak, pakai air ajer...gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. malang kita ada menteri tahap baboon mcm dia ni....

    BalasPadam
  2. APA salah menteri tu sampai ko panggil dia haprak, adakah dengan kenaikan minyak 20 sen seliter tu amat membebankan rakyat sehingga boleh menyebabkan kesengsaraan ataupun kematian, lupakah ko akan jasa menteri ini ketika bulan puasa dan raya dulu yang berhempas pulas kesana kesini untuk mengawal harga barang barang keperluan harian, itulah Dr mahathir kata melayu ni mudah lupa, baru je mendengar kesusahan sudah memaki hamun orang2 berjasa padanya, itu belum lagi dia merasakan akan kesusahan itu. yele baru dengar harga minyak akan naik sudah maki hamun.Bawa bawa le bertobat, mana ada negara dalam donia ni harga barang akan kekal berpuluh tahun, ko balik duduk dalam hutan le, tak payah pakai kete tak payah isi RON95, jalan kaki lagi baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anon 9:18, awak tak faham dengan kenyataan penulis diatas, penulis tidak menyatakan sokongan atau bantahan akan kenaikan harga minyak, penulis pertikai kewajaran jawapan seorang menteri, itu ajer, diakui menteri berhempas pulas dibulan puasa mengajak rakyat jangan makan ayam, jadi anon boleh la duduk hutan bersama dengan menteri kerana masih tak faham ayat mudah penulis tu.

      Padam
  3. kami mahu menteri seperti zahid hamidi.... dan tak mau menteri seperti al-juburi!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro. Kita perlukan ramai lagi Menteri Melayu macam Zahid Hamidi. Biar aman, tenteram dan sejahtera. Kalau naik kata naik. Tapi jangan kong kali kong... kan..kan.. kan... Kita paham. Jangan membazir....

      Padam
  4. Kalau tak haprak jangan bagi kenyataan harga petrol naik hanya khabar angin. Check dulu....hang tu menteri

    BalasPadam
  5. Seseorang Menteri tu mestilah berwibawa. Tak kan lah mamat ni tak tahu harga minyak nak naik???? Kan bawah kementerian dia!!!! BN / UMNO...bangunlah woi!!!!! Kami rakyat marhean lantik ko orang semua ni untuk buat kerja tahu tak!!!! Tak kisahlah harga minyak tu naik ke turn ke, maklumat yang diberi mestilah betul!!!! Mangkuk betoi lah ko orang ni semua

    BalasPadam
  6. Woi bukan salah hassan maleklah. Najib dan idris jala punya angkara korang salahkan orang lain.

    Ini sebahagian dari rancangan transformasi spin idris jala sebelum pru13 lagi.

    BalasPadam
  7. Menteri tu nnt boleh la cadangkan utk rakyat jgn guna kenderaan persendirian....masa ni la nak galakkan rakyat guna kenderaan awam & berjalan kaki....bukan apa utk jaga kesihatan badan & poket

    yg menteri pulak, SENTIASA naik keta mewah persendirian.....maklumlah JALAN RAYA KOSONG.....:)

    BalasPadam
  8. Walaupun menteri bertanggungjawab sepenuhnya, staf kementerian perlu lebih efisyen dan tepat menjalankan tugas menyokong menteri dan kementerian. Kalau menteri rasa beliau tidak mendapat kerjasama dari staff, buang atau pindah aje staf ke tempat lain.

    BalasPadam
  9. Pelik kali ni Najib sendiri yang umumkan kenaikan. Selalunya hal-hal negatif ni PM akan serah kepada menteri pencacai utk umumkan. Agaknya Menteri belum mahu umum kenaikan terus najib umumkan atas desakan punasihat2nya...

    BalasPadam
  10. Rakyat malaysia amat kecoh bila petrol dan diesel naik 20 sen. Tp berdoyon-doyon rakyat malaysia berbelanja mewah makan yg tak bpe kenyang mana kat pelbagai restoran makanan segera termasuk beli donut hrga rm2.50 sebijik, rokok rm10 sekotak. Kami yg guna kancil, moto kapcai dan viva ni tambah bbrp kupang jer. Dpd marahkan kerajaan naikkan harga minyak ni, lbh baik marahkan pemborong cinabeng yg naikkan harga sesuka hati dan perbezaan harga pembekal dan pemborong serta runcit yg sgt berbeza. Cer tny harga petrol dan diesel kat negara2 jiran lain?

    BalasPadam
  11. Aku tak kisah minyak naik yang aku kisah harga barang naik .......sudah tentu cinabeng semua akan naik semua harga barang sampai masuk tandas naik harga......apa lah malang msia ni dpt menteri mcm ni aku harap menteri cover balik kebodohan dia dengan ambil tindakan tegas kpd pemborong yg naik harga.........patut semu kedai makan......runcit....pasaraya..pas..

    BalasPadam
  12. Nak buat macam mana.pak menteri tak diajak berunding utk naik kan harga minyak..yg buat keputusan ia lah panausihat2 pm aje...sekarang kita nampak yg menteri tak ada kuasa..yg duduk sekeliling pm lebih berkuasa....fikir2 kan lah apa akan jadi pada negara..
    Aku undi BN bukan kerana UMNO tapi kerana sayangkan bangsa dan negara.

    BalasPadam