Iklan orang berbanding iklan kita...
BANGKOK 17 Sept. - Sebuah iklan syarikat telekomunikasi Thailand yang dimuat naik di YouTube dan ditonton lebih 3.5 juta kali, membuatkan penonton di seluruh dunia terharu selepas menghayati mesej yang disampaikan.
Iklan selama tiga minit itu yang dihasilkan oleh syarikat True Move H, turut menerima beratus-ratus komen yang positif dan mendapat lebih 400,000 'like' daripada penonton.
Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki miskin yang ditangkap oleh pemilik farmasi kerana mencuri ubat untuk diberikan kepada ibunya yang sakit.
Namun, seorang lelaki yang menjual makanan berhampiran farmasi tersebut masuk campur dalam kejadian itu dan membayar kos ubat yang dicuri serta mengarahkan anak perempuannya untuk memberikan makanan kepada budak itu.
Selepas 30 tahun berlalu, penjual makanan itu tiba-tiba jatuh sakit ketika sedang berniaga dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Lebih menyedihkan, bil hospital untuk merawat lelaki itu mencecah £15,500 (RM80,502), sekali gus merunsingkan anak perempuannya yang terpaksa menjual rumah mereka untuk membiayai bil perubatan.
Babak seterusnya menunjukkan, wanita itu mendapati bil perubatan ayahnya telah dibayar oleh seseorang dengan sekeping nota ditinggalkan di atas katil bapanya dirawat yang tertulis, 'Semua kos telah dibayar dengan tiga bungkus pil tahan sakit dan sebungkus sup'.
Ketika itu, wanita tersebut tahu bahawa doktor yang merawat bapanya adalah budak lelaki yang dibantu mereka 30 tahun lalu.
Di akhir iklan terbabit satu mesej turut disampaikan iaitu 'Pemberian ikhlas merupakan komunikasi yang terbaik'. - AGENSI
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan