Pak belang tinggal serumah
SAO PAULO - BRAZIL. Sebuah keluarga pencinta haiwan sanggup tinggal serumah dengan tujuh harimau seberat kira-kira 222 kilogram di Maringa, Brazil.
Ary Borges berkata, beliau mula memelihara haiwan pemangsa itu selepas menyelamatkan dua harimau dari sarkas lapan tahun lalu.
"Saya tidak bimbang membiarkan anak dan cucu bermain dengan harimau ini. Kita perlu tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada haiwan itu supaya ia lebih jinak," katanya pada Daily Mail.
Menurutnya, selain membenarkan harimau itu bebas, mereka juga melakukan aktiviti riadah bersama.
"Saya terpaksa mengawal pembiakannya selepas pihak berkuasa mengehadkan permit pemilikan," katanya.
Beliau berkata, keluarganya kini dalam perancangan membina taman eko seluas 17 hektar untuk melakukan program pembiakan.
Lu FIkir La Sendiri!!!
Lu FIkir La Sendiri!!!
kebaikkannya bila perompak masuk rumah tentulah perompak terkencing sambil lari lintang pukang bila nampak harimau sebesar itu....keburukkannya perompak tak boleh nak nolong tapi terus lari tak toleh belakang selepas ternampak harimau ngap salah seorang 'org rumah'
BalasPadam