Khamis, 19 September 2013

Kenapa Sekarang Pudin Rasa 'Bawah Anjing'...!


Dah rasa sempit, dah rasa terhimpit, baru nak meragut simpati..itu pun kira new politics ke!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PETALING JAYA: Walau dianggap calon kegemaran untuk memenangi kerusi Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan akan datang, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui beliau kini berasa seperti "underdog".
Dalam temu bual dengan The Star Online, bekas timbalan menteri itu berkata beliau hanya memberikan dirinya peluang tipis, dengan sistem pengundian yang baharu di mana sebahagian 150,000 ahli parti akan membuang undi mereka pada masa dan tempat yang sama.
"Berbalik kepada tahun 2008, semua orang mempunyai peluang yang adil. Ia hanyalah mengenai sejauh mana anda dapat bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan mendapatkan sokongan mereka," katanya.
Dengan sistem baru ini, "keterlihatan" calon-calon adalah faktor paling penting untuk menang, terutamanya jika mereka adalah anggota Kabinet, katanya.
"Bagi saya, menteri-menteri jelas mempunyai kelebihan kerana biasanya, menteri-menteri merupakan calon kegemaran dan kemudian timbalan menteri," katanya, sambil mengimbas kembali saat-saat beliau menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
"Lebih mudah bagi saya untuk memenangi kerusi itu. Tetapi saya rasa kali ini, saya mungkin hanya akan mendapat undi simpati," katanya ketawa.

3 ulasan:

  1. Saipudin ni tak ada dalam senarai pun tak mengapa lagi bagus...sekarang ibarat duri dalam kain saja. Menyucuk-nyucuk.

    BalasPadam
  2. Your time is over dude.

    BalasPadam
  3. Kesian Si - Mamat ini sebab dia tidak reti nak Buat orang lain faham apa ang dia cakap! Ini masalah besar Sifudin ini!!!! Mengaji tak habis kot!!

    BalasPadam