Rabu, 18 September 2013

Kenapa Jeling Jeling Kat Shahrizat Pulak..!


Jeling jeling karang boleh juling beb..! cuma bila cerita Suhaimi Ibrahim semalam keluar maka riuh ler Riverside dan Seri Pacific bercerita akan hal tersebut. Mungkin cerita yang sama juga 'hot' dimana mana semalam...

Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.
Sumber berkata pada Selasa, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada seorang menteri disoal siasat pada Isnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana itu.
Laporan itu turut menyebut SPRM turut merampas 10 kereta mewah kepunyaan lelaki tersebut.
Dulu isu lembu NFC terkait dengan suami dan anak anak Shahrizat..kini isu program 1Azam yang dikatakan diseleweng pun terkait dengan Shahrizat apabila bekas Setpolnya sendiri disiasat. Belum ada tuduhan beb tapi 10 biji kenderaan mewah dikatakan kepunyaan Suhaimi turut dirampas.
Isu isu begini ler yang menyebabkan rakyat mencemik kepada para pemimpin kerajaan dan UMNO. Kalau benar ada penyelewengan dan Suhaimi terlibat maka pihak SPRM perlu mengheret beliau kemuka pengadilan, kalau tidak sila buktikan dan cari siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan agar rakyat terbanyak faham akan duduk perkara. Tiada dakwa dakwi, tiada fitnah!
Secara dokumennya Suhaimi tidak lagi didakwa dan belum didapati bersalah, cuma roh, semangat dan moralnya Suhaimi sudah terpalit dengan lumpur yang dibawa..mungkin Suhaimi juga boleh membela diri dengan tuduhan yang mengatakan 10 biji kenderaan mewah yang ditahan itu adalah benar kepunyaanya kerana...! kerana Suhaimi menabung sejak kecil..!!! apa salahnya..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
apa jeling jeling?

3 ulasan:

  1. Tapi..sekurang-kurangnya..takder lar dia nak terjun bangunan ker..tak macam puak sebelah sana..asal kena cekup jer..mula lar dijadikan isu politik..kena kat orang UMNO..boleh jer..kena kat dia..semua tak boleh..MACC pun kena lar adil..jangan lar pulak psiko nak kenakan puak sebelah sana tu...kes duit Anwar sampai sekarang senyap...

    BalasPadam
  2. Minta pencerahan.

    Datuk ni kan tak bertanding pada PRU12 & PRU13 yg lalu.
    Ape latar belakang dia, atau memang dah kaya sebelum jadi Datuk ?

    Dia jadi ketua 1AZAM bile ek ?

    BalasPadam
  3. Kes-kes beginilah yang buat rakyat makin meluat dengan kepimpinan UMNO.Tak da keja lain asyik nak qebas duit rakyat saja. Dalam kes ini kalau betullah puak-puak Shahrizat yang dok buat semua benda tak betoi ni, elok lah Syahrizat sekali pi melingkup. Wanita UMNO patut menolak pemimpin yang sebegini. NFC pun Syahrizat kata dia tak tahu menahu. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin rakyat dia patut dahulukan rakyat bukan laki dan anak beqanak dia. Memang mamak ni gila la, langsung tak malu pada ahli2 Wanita UMNO yang dok sokong dia. Yang Najib pulak satu hal gila pi lantik Syahrizat ni jadi penasihat dia pulak...Kalau mcm ni tak lama lah jawabnya UMNO akan mampuih pada PRU 14 nanti..

    BalasPadam