Sabtu, 21 September 2013

Pulak..!!!


KUALA KANGSAR - Kaunter penyerahan borang bagi pemilihan Umno Bahagian Pasir Salak, semalam lengang berikutan keputusan jawatankuasa itu untuk membuat proses penghantaran sendiri, tanpa melalui Umno negeri.

Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, Umno bahagian yang diketuai Datuk Tajuddin Abdul Rahman sudah membuat keputusan untuk menghantar borang pemilihan secara terus kepada Umno Pusat.

"Mereka sudah membuat ketetapan begitu untuk menghantar sendiri borang pemilihan terus kepada Umno Pusat," katanya pada sidang media, semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan pencalonan berkenaan akan terbatal, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa Umno Pusat untuk membuat keputusan.

"Jika ikut peraturan, semua borang sepatutnya perlu melalui Umno negeri," katanya.

Di Perak, terdapat 24 bahagian Umno terlibat dalam pemilihan kali ini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen