Khamis, 19 September 2013

Najib, Muhyiddin & Mukhriz Umum Bertanding...!


Pemilihan UMNO kali ini tertumpu kepada perebutan jawatan Naib Presiden nampaknya...

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebentar tadi mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan. 

Pengumuman itu dibuat beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri selepas mendapat restu kepimpinan tertinggi UMNO terutama Presiden dan Naib Presiden parti.  


Sementara itu...

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan akan mempertahan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 19 Oktober ini.
Perdana menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi.
Katanya berdasarkan makluman timbal balas yang diterima, badan-badan perhubungan Umno negeri membuat ketetapan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti. "Daripada suara yang diutarakan dalam persidangan cawangan Umno, sebahagian besar daripada ahli Umno mahukan supaya saya meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.
DAN..
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya pada pemilihan parti bulan depan.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan demikian pada sidang media di kediaman rasminya di Sri Satria, di sini, sebentar tadi.


Beliau berikrar akan memberi sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri untuk meneruskan kepemimpinan mengetuai UMNO. 
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan