Kelihatan YAB PM bersama para pemimpin dan rakyat jelata bersembahyang dan mengiringi jenazah Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
KUALA LUMPUR: Cuaca mendung dan gerimis mengiringi ketibaan jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di Masjid Negara untuk disemadikan di Makam Pahlawan.
Jenazah Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas menteri itu tiba pukul 3.15 petang Ahad diiringi ahli keluarga dan kenalan untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin yang disegani itu.
Jamaluddin, 64 antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, petang Sabtu.
Sebaik tiba di Masjid Negara, jenazah dibawa masuk ke masjid dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan diketuai Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Turut kelihatan isterinya Puan Sri Kalsom Ismail bersama anak lelakinya, Ikhwan Hafiz dan seorang lagi anak perempuan.
Jenazah dijangka dikebumikan selepas Asar.
Sementara itu, persiapan untuk upacara pengebumian di bahagian luar Makam Pahlawan berjalan lancar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri upacara pengebumian petang ini.
Jenazah Allahyarham Tan Sri JJ selamat dikebumikan pada jam 5.05 minit petang tadi.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada anggota keluarganya malah kepada negara.
Katanya, beliau sudah lama mengenali anggota Parlimen Rompin itu termasuk ketika Allahyarham berkhidmat sebagai anggota kabinet semasa tempoh perkhidmatannya.
Sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai 'aktivis', Dr Mahathir berkata: Kematiannya satu kehilangan besar. Beliau telah berkhidmat dengan saya untuk masa yang lama, juga dalam kabinet.
"Oleh itu, sudah tentu sejak saya bersara, saya tidak bekerjasama dengan beliau. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota keluarga Jamaluddin di The Mines, Seri Kembangan, di sini, Ahad.
Ditanya bila kali terakhir dia bertemu Jamaluddin, Dr Mahathir berkata ia adalah semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima'15) baru-baru ini, di mana mereka berbincang tentang projek perumahan di bawah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor petang semalam, Jamaluddin disenaraikan sebagai seorang daripada enam mangsa termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
Kesemua mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan pengesahan identiti.
Sementara itu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam berkata beliau terkejut apabila mendengar tentang kejadian itu.
"Helikopter yang dinaiki arwah itu saya pernah naik dan antara yang terbaik.
Saya terperanjat dan kehilangannya amat dirasai kerana saya sudah mengenali arwah lebih dari 20 tahun," katanya sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai seorang sahabat yang sangat baik.
Mohd Ali berkata, sepatutnya beliau dan Jamaluddin dijadual bertemu tidak lama lagi untuk berbincang tentang projek perumahan untuk rakyat. -- Bernama
Didoakan semoga roh Allahyarham Tan Sri JJ ditempatkan disisi roh para solehin..! Amin..!
Al Fatihah..!
sumber.mstar. dan sini
Lu Fikir La Sendiri!!!
Org tua kata klu gerimis atau hujan adalah petanda baik....wallahualam.
BalasPadam