Kelihatan YAB PM DS Najib Tun Razak sedang menyiram air mawar ke pusara Ketua SUSK beliau Allahyarham Dato Seri Azlin Alias..!
KAJANG: Jenazah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias yang dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di rumahnya di Saujana Impian di sini pada pukul 12.45 tengah hari.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Surau Saujana Impian untuk disembahyangkan sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 13, Jalan Cheras selepas Zuhur.
Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 2 petang.
Turut memberi penghormatan terakhir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, pegawai di pejabat Perdana Menteri; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Azlin, 47 antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening di Semenyih pada pukul 4.55 petang, Sabtu.
Selain Azlin, tragedi itu turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, juruterbang, Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi, Eidiana Baiziera dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran.
Terdahulu pada kira-kira 9.30 pagi, bacaan tahlil disempurnakan di kediaman Allahyarham yang dihadiri ahli keluarga, kenalan dan juga jirannya.
Kira-kira dua jam kemudian, semakin ramai yang berkunjung untuk memberi penghormatan terakhir kepada Azlin.
Turut berada di rumah arwah untuk memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Didoakan semoga roh Allahyarham ditempat disisi roh para solehin..! Amin.
Al Fatihah..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
Al Fatihah
BalasPadam