Jumaat, 29 Mei 2015

Betul Ke Berbohong..?


Biar betul?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat pelaburan itu, Datuk Shahrol Halmi bahawa mereka akan disoal siasat dengan lebih agresif jika didapati berbohong dengan alasan yang diberikan untuk tidak hadir pada sesi pendengaran yang dijadualkan pada Selasa lalu.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata jika terbukti dakwaan dua saksi penting itu menangguhkan sesi pendengaran tersebut atas urusan berada di luar negara tidak benar,  pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mereka semasa soal siasat yang akan diadakan pada 10 Jun ini.
"Memandangkan mereka tahu kami serius, mungkin mereka perlu lebih masa untuk bersedia. Kami beranggapan mereka akan datang dengan niat jujur untuk beritahu kami apa sebenar berlaku.
"Namun kali ini kalau ada bukti mereka menipu kami, maka soalan akan lebih agresif daripada biasa akan ditanya. PAC tidak akan bersimpati," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Dua saksi penting itu membatalkan sesi soal siasat bersama PAC pada saat terakhir kerana Arul mendakwa mempunyai urusan di luar negara manakala Shahrol pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.
Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata perkara yang perlu diberi penekanan semasa sesi pendengaran itu nanti adalah penjelasan mereka mengenai apa sebenarnya yang berlaku semasa mereka menjadi CEO syarikat pelaburan tersebut.
"Jika mereka hadir, kami akan tanya mereka sama ada betul mereka di luar negara. Tapi apa yang lebih penting ialah untuk kita tahu apa yang sebenarnya berlaku semasa mereka menjadi CEO 1MDB.
"Itu lebih penting daripada sama ada mereka mempunyai alasan yang baik atau tidak untuk tidak hadir," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendesak Arul dan Shahrol perlu mendedahkan butiran lanjut kepada PAC mengenai urusan penting yang perlu mereka hadiri sehinggakan terpaksa menangguh untuk hadir sesi pendengaran pada Selasa lalu.
"Di manakah mereka berdua pada hari kejadian (26 Mei). Adakah mereka berada di Dubai ataupun mengadakan penerbangan pantas ke Singapura? Ataupun mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?," soal Tony.
Perlu ler dipastikan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. entahlah!!! aku dah rasa tak yakin dengan siasatan ini. "Namun kali ini kalau ada bukti mereka menipu kami, maka soalan akan lebih agresif daripada biasa akan ditanya". jadinya, kalau tak menipu mereka akan disoal biasa saja, tapi bagaimana? double standard nampaknya ........

    kalau takat nak tau apa yang sebenarnya berlaku, rasanya tak payah siasat pun tak apa. talipon saja dan pasti akan dijawabkan semuanya baik baik dan kalau terdengar yang tak baik, anggapkan itu sebagai fitnah dan tak suka tengok orang lain senang. kami di 1MDB semuanya baik baik belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanyakanlah ada kah betul dia dah melihat penyata kedudukan wang di S'pura tu?

      Padam
  2. Sepatutnya Najib yang dipanggil dahulu dan bertanyakan kenapa dia berbohong mengenai kedudukan wang USD1.103 bilion yang dibawa balik daripada Pulau Cayman ke Singapura. Najib telah melakukan pembohongan dan memberi kenyataan tidak benar mengenainya

    BalasPadam
  3. HOAX LAH! TIPU! KAU NI DAH DESPERATE SGT KE! BAHAN HOAX PUN KAU NAK SPIN!

    BalasPadam
  4. 1- PM - boleh kelentong kemudian pinda jawapan di Parliament, apa ada hal...
    2- Menteri Kewangan - juga boleh pusing lepas tu pinda jawapan di ikuti bootlickers tolong beri alasan jawapan disediakan dari maklumat yang ada, hanya dibaca Menteri Kewangan saja....
    3- Penasihat 1MDB - tidak ada pengetahuan atau pembabitan didalam urusan 1MDB, habis tuh Clause 117 (dari TIA kemudian 1MDB) apa ke jadah segala kelulusan mesti diberi daripada PM sendiri...

    Eh eh...1-2-3 semua orang yang sama rupanya....Apa Najib ingat rakyat senang nak kelentong ke? Kalau PM boleh dah kelentong, Arul Kanda tak ada hal sebab dia boleh cakap...aku tak tipu, PM pun cakap aku tak tipu (masing masing untuk diri sendiri lah).

    Kapal-sauh bugis satu nih semakin hari semakin sarat rosak nya ye lah nakhoda bugis katakan.....

    Satu je nak pesan, melayu akan sumpah bugis-degil-lagi-dah-bogel nih andai melayu-muslim hilang tampuk kerajaan melayu. Kalau kipas-lipas tak boleh didagangkan seperti dagang merempat, apa tah lagi GE14?

    Najib dah biol tahap chronic ke? Tak boleh jawab boleh pusing sampai pening. Soalan je bukan tuduh OK!

    BalasPadam