Khamis, 14 Mei 2015

Ahmad Awang DI Ramal Kalah Berdepan Hadi..!


KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob hari ini beranggapan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang menghadapi kesukaran untuk menang bagi merebut jawatan Presiden parti pada pemilihan Jun nanti.

Ahmad berkata, hal ini kerana kewibawaan yang ada pada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sukar untuk ditandingi dengan mana-mana calon lain sehingga kini.

"Bertanding boleh tapi nak menang tu susah  saya rasa," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengesahan Ahmad Awang yang akan mencabar jawatan presiden pada muktamar nanti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Awang sah cabar Abdul Hadi]

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu sejarah dalam politik Pas.

Dalam masa yang sama beliau mengulangi pendiriannya bahawa sehingga kini tidak ada sebab untuk menukar presiden parti.

"Setakat ini (Abdul Hadi) sesuai dengan dasar parti dan apa yang Pas miliki adalah lebih tepat apa yang ada pada presiden," katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan