Selasa, 19 Mei 2015

Siapa Bohong..!


Jadi...siapa sebenarnya yang berbohong..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen.
"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.
"Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker," katanya pada satu sidang media di kediaman rasminya di Bukit Tunku Kuala Lumpur, hari ini.
Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.
Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.
"Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang.
"Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya.
Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet.
Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang.
"Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul.
"Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya.
Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian.
Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif.
"Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan.
"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.
"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

19 ulasan:

  1. Gitu kesahnyeee.....!

    BalasPadam
  2. Semua orang jangan silap faham. Pandikar ini bukan bermaksud Pendekar. Pandikar ni menjadi kecut perut dan meroyan bila isu perletakan jawatannya disebar oleh Tun. Kalau Pandikar ni pendekar, nak rahsiakan apa lagi isu seperti ini. Dia jadi panik bila berita ini tersebar seluruh blog. Takut dibalun oleh Najib dan pengikutnya. Lalu dia menafikan segala kata-kata Tun. Kerana takut menghadapi kenyataan dan kebenaran dia sanggup memalukan Tun. Semua orang tahu Tun tidak pernah berbohong hal-hal sebegini cuma sesetengah kumpulan saja buat-buat tak tahu. Begitulah bila pandikar bukan pendekar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu pemutar.....sokong pandikar.

      Padam
    2. Pandikar ke.....Pundekkar...!!! No balls...ptuihhh...!!!!

      Padam
  3. Boleh Pandikar terangkan ayat tang mana yang dikatakan tak berbohong.

    BalasPadam
  4. Ghairahlah korang NEH... Baca satu dua ranglap... Meh Baca penuh apa itu Pandikar cakap yang lainnya..:..http://semuthitam80.blogspot.com/2015/05/keghairahannya-memakan-diri-sendiri.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat camne bro.....dah jenis malas membaca.....

      Padam
    2. tak aih...mana ada malas...dah baca dah pun...

      So what? Apa natijahnya? Tun M tipu ke?

      Ni lah bahana jadi Jemuan Najib...duk baca je tapi tak fikir!

      Itu yang ketua bahagian duk dengar penjelasan Najib pastu cakap: kami puas hati dengan penjelasan Najib...

      Cuba ulang penjelasan yang diberi Ah Jib Gor tersebut pada rakyat biasa...mampus korang kena maki hamun ada...Hampeh

      Pandikar cakap: " “Saya tidak aibkan Tun M tetapi dia mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia perbincangan kami,” kata Pandikar Amin lagi."

      Kalau rahsia kena bagitahu yang ini rahsia tak ada lah Tun M nak cakap....tapi kalau surat dah hantar tu makna nya yang buat keputusan tu dah nekad...bukan sekadar hanya berkira kira...

      Macam mana pula Tun M boleh aibkan diri sendiri pula? Tun M bercakap yang benar, Pandikar sepatut nya dari awal respon sepatutnya mengiakan pertemuan tersebut dan berkenaan perletakan jawatan kemudian barulah declare yang keputusan tu dah ditarik balik!

      Ini memang deliberate act...dan yang mengaibkan Tun M tu memang Pandikar...jangan nak spin la

      Padam
    3. Tak yah nak linkkan semut hitam. Dia dah tau tempat yang akan akhirnya dia berada. Asal tanah balik ke tanah. Tu sebabnya dia tak kesah pun berita yang tulis tu benar atau tidaknya.

      Padam
  5. Mahatiow... Tu yg gelojoh... Baguslah...dulu dia kata Tunku nyanyok...sekarang dia dah dapat badi nyanyoknya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang nyanyuk tu hang! dan para jemuan Najib...

      Yang mana benar dan yang mana salah pun dah tak boleh nak beza....

      Korang ni memang nyanyuk teruk kalah orang tua umur 90 tahun tu!

      Padam
    2. Tunggu lah nanti bila Anwar dah keluaq dari penjara nanti, orang macam hang nanti kita pi hantaq jumpa dia dulu (buat melepas rindu)

      Padam
  6. pandikar cakap dah letak jawatan makna nya dah letak jawatan lah tak kira dia tak jadi ka apa cakap melayu pun tak reti ke nak belit macamana lagi betol kata anon 639 nama pandikar je bukan pendekar

    BalasPadam
  7. salam,
    kat sebelah mana kita berada, ke arah itu la kita faham. itu yang buat penyokong bang non tak percaya bila lihat video bang non pasal perut bang non tak buncit. begitu juga bila orang pas baca pasal mat sabu kerana salah nombor bilik dan lihat video pak mus tak boleh pakai kerana besi. begitu juga la kisah tdm dan speaker pandikar. apa yang mereka cerita, tak tahu la. tapi yang pasti bab letak jawatan ada dalam perjumpaan tersebut. tdm tak umum pun, tapi hanya sebut dan kaitkan dengan isu ahjibgor. tapi dah bikin ramai yang gempar. tapi cerita itu tak buat tdm berbohong kerana surat dah serah tapi ahjibgor kata tak baca. pada awalnya saya setuju dengan kd dan beranggapan tdm dah kena main. tapi maklumat itu memang betul. tdm memang bercakap benar.

    BalasPadam
  8. Kesimpulannya surat perletakan jawatan dah dihantar Tan Sri Pandikar tetapi PM tak mahu baca dan isi kandungannya talahpun didedahkan Tan Sri iaitu mengenai perletakan jawatan itu. Maknanya betulah dah ada niat tetapi tak kesampaian. Saya rasa TDM tak tipu kot sebab dia nyatakan yang benar dan taklah pula Tan Sri Pandikar bagitau TDM supaya rahsiakkannya.

    BalasPadam
  9. Aku pun hairan, kalau AHJIBGOR tak baca surat pandikar mahu letak jawatan macam mana pulak AHJIBGOR boleh panggil Pandikar jumpa dia bincang dan selesaikan sampai Pandikar tak jadi letak jawatan. Nampak sangat kelentongnya

    BalasPadam
  10. PM ada kuasa, ko suruh dia resign, aku mintak dia pecat separuh pekerja gomen yang menyokong pembangang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir 1/2 juta org la bro kakitangan kerajaan yg ko suroh najib pecat. Berapa billiyon lagi RM yg najib nak kena korek utk buat bayar pampasan pecat org. Mgkin najib boleh korek juboq hang la kot buat bayar pampasan tu...hehehe

      Padam
  11. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    - Phone : 85570931456
    - PIN BB : 2B48B175
    - SKYPE : VIPQIUQIU99
    - FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    BalasPadam