Khamis, 21 Mei 2015

1MDB ~ MUSYKIL..!


Pembetulan rupanya..! tak tahu pulak kita niaga bilion bilion boleh silap antara tunai dan aset..! 

Besar bezanya tu..! lama pulak masa pembetulan tu..! mungkin orang kaya kaya melihat jumlah bilion bilion ni macam biskut..! kejap ada..kejap takde..!

Patut ler KSP dan 'orang' di MOF tak tahu urusan 1MDB ni..! 

Lebih menambah Musykil apabila..!



CEO 1MDB yang kata..! mana satu betul???

Lu Fikir La Sendiri!!! 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan bahawa baki pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak US$1.103 bilion telah ditebus dengan aset dan bukannya wang tunai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang US$ di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura.

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang USD di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti USD syarikat.

“Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset tersebut," kata Najib yang juga Menteri Kewangan menerusi sebuah jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu, katanya jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum bertarikh 10 Mac 2015, bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai.

Najib berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menanyakan sama ada 1MDB masih mempunyai USD$1.1 bilion secara tunai dalam akaun BSI, yang merupakan tebusan pelaburan Pulau Cayman.

Sebelum ini, Najib telah memberitahu bahawa baki dana pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority tersebut telah ditebus dalam bentuk wang tunai.

Menurutnya, dana tersebut masih disimpan dalam mata wang US Dolar di BSI yang bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang.

11 ulasan:

  1. Kalau macam tu tidak ada kesalahan , tidak ada masalah lah jika 1mdb tebuskan aset tu kepada tunai dan seterusnya bawa balik ke malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah ! Anda layak untuk pertimbangan berkerja bersama dibawah pentabiran Najib dan MOF

      Padam
  2. Pemimpin boneka tengah panik ...... punahsehat asing pulak wat donno bila dah panik....pemimpin boneka jugak yg tanggung hasil mendengar kebodohan punahsehat asing....pandan ssgt la tu

    BalasPadam
  3. saya pun ada simpan asset pusaka peninggalan tok nek dalam bentuk kertas (toilet paper) kat swiss bank, nilainya kami sekeluarga dah tentukan sendiri, $42 Billion, tak heran pun cerita kaorang! LOL

    BalasPadam
  4. Agaknya apa ke benda aset yang disimpan di BSI tu... musykil juga...? Makin bercelaru tak tentu halian...Agak2 Ketua2 Bahagian dan cawangan UMNO nak jawab tak?

    BalasPadam
  5. paper asset? paper asset tu dicagar dengan apa? kerajaan dan MOF jamin dengan apa?

    patutlah tergesa GSTkan rakyat..

    BalasPadam
  6. check this out bros .....

    https://www.youtube.com/watch?v=zEJma8Ld5fM

    BalasPadam
  7. tunggu bertanduk dulu ler kalu nak liquidkan paper asset tu. ntah ader ker ntah tidak. kot2 tinggal paper yg jadi asset. LOL.

    BalasPadam
  8. Tpm telah melancarkan perang pd najib...

    BalasPadam
  9. Macam perniagaan Buluh Kasap saja . Berubah-berubah dari masa kesemasa .Itulah yang yang dipersoalkan oleh Tun M. Tun tahun pergerakan bisnes dan pergerakan wang negara . Kita mungkin tak tahu dari mana datangnya sumber pembiayaan dan bagaiman ianya dibelanjakan sebab ujudnya banyak kontroversi yang tak meyakinkan. Jumlahnya bukan sedikit ,kita takut menjadi seperti Greece ,sekarang Spain ,sebab jaminan hutang oleh kerajaan terlalu besar . Kalau diperhatikan sekarang banyak elaun-elaun dalam jabatan sudah tertunggak lebih empat lima bulan belum berbayar .

    BalasPadam