Khamis, 28 Mei 2015

Bukan Urusan PAC..!

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC menghantar 
surat kepada Kementerian Kewangan untuk memanggil Arul Kanda pada 6 Mei lalu.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini menolak alasan kelewatan menerima notis yang diberi presiden dan pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy apabila memohon penangguhan mengadap PAC.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC menghantar surat kepada Kementerian Kewangan untuk memanggil Arul Kanda pada 6 Mei lalu.
"Sama ada Arul Kanda dapat surat itu lewat atau tidak, itu bukan urusan kami," katanya pada sidang media selepas bertemu dua pegawai kanan Felcra hari ini.
1MDB semalam berkata mereka membalas surat PAC pada 21 Mei, hari sama surat itu diterima dari Kementerian Kewangan.
Nur Jazlan bagaimana pun yakin Arul Kanda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Ibrahim Halmi, akan tetap hadir ke pendengaran PAC.
"Jangan risau, CEO pasti datang. Mereka membuat kenyataan tentangnya (kesediaan hadir ke pendengaran PAC)," katanya.
Arul Kanda dan Shahrol sepatutnya bertemu PAC semalam bagi memperjelas operasi dana pelaburan strategik yang sarat dengan hutang itu.
Shahrol merupakan CEO 1MDB dari Januari 2009 sehingga Mac 2013, manakala Arul dilantik ke syarikat itu bermula awal Januari tahun ini.
Arul kini dilaporkan berada di luar negara atas urusan perniagaan, manakala Shahrol memohon penangguhan selama sebulan sebagai tempoh persediaan untuk pendengaran 1MDB.
Mereka merupakan saksi penting dalam siasatan PAC ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu, yang menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi.
Sementara itu, Nur Jazlan turut mengumumkan yang PAC pada 25 Mei lalu menghantar surat kepada Kementerian Kewangan memanggil dua firma yang mengaudit 1MDB.
Firma Deloitte & Co dijadual bertemu PAC pada 10 Jun sementara firma KPMG pula dijadualkan hadir pada 17 Jun.
Deloitte adalah firma yang menggantikan KPMG sebagai juruaudit luar 1MDB.
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Hehe.. tangguh sampai org diam, malas nak tanye..

    BalasPadam