Sabtu, 9 Mei 2015

Najib Semakin Kuat..!


Siapa cakap Najib makin lemah..! Sejak pertemuan Najib bersama sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jumaat lalu Najib berasa sokongan terhadap beliau semakin meningkat. 

Rupanya sokongan Ketua Ketua Bahagian ke atas Najib tidak memadai..! Maknanya Ketua Ketua Bahagian gagal meyakinkan Najib bahawa sokongan mereka juga bermakna sokongan solid mencakupi kepimpinan di peringkat Bahagian hingga ke akar umbi.

Ini juga bermakna bahawa sokongan Ketua Bahagian tidak menyeluruh dan mungkin tidak ikhlas..! Kalau pertemuan ini dibuat sebelum PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh tempohari pasti BN akan menang besar dengan majoriti yang bertambah dan termuntah muntah..!

Setelah mendapat azimat, selepas ini tentu para Timbalan Ketua Bahagian akan turun ke bawah,  ke padang, ke jalan, ke kebun getah dan ke laut untuk menerangkan isu yang membelit seperti isu GST, 1MDB, topup 60 sen dan banyak lagi. 

Tentu sokongan rakyat akan bangkit menyinar..! Tentu kasih sayang rakyat kepada Najib akan terserlah..! Ini semua kerana kerja keras para Timbalan Ketua Bahagian..! Syabas..! 

Atau apakah selepas ini akan ada pula pertemuan dengan Naib, Ketua sayap, Ketua Penerangan, Setiausaha, Bendahari seluruh UMNO Bahagian hingga ahli akar umbi..!

Mesti ada pihak yang tersenyum lebar mengatur segala pertemuan..! Soalnya tulen ke sokongan yang di zahirkan kepada Najib?




Ini ajer ke kerja seorang PM? Tak selesai masaalah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Kuat Pembohong, Kuat Pembelit, Kuat Menikus ...... hmmmpp.

    BalasPadam
  2. Wow...we love p.m...forever and ever!!!!

    BalasPadam
  3. Najib memang semakin KUAT.
    Masaalahnya dimata rakyat UMNO semakin lemah.

    Kalau silap langkah selepas PRU14 , Najib yang KUAT akan jadi KETUA pembangkang

    BalasPadam
  4. Nak hidup... terpaksa sokong di mulut, di hati...emmmmmm. Bilangan Ketua Bahagian,Tim Ketua Bahagian dan AJK2nya berapa kerat sangat. Tak payah tunggu PRU 14......PRK Permatang Puah dan Rompin dah menunjukkan kuasa rakyat bukannya KUASA UMNO. Walau pun media perdana dan internet digunakan, ahli PAKATAN tidak khianati perjuangan mereka.Isu hudud gagal memecahbelahkan mereka. Slogan ABU (asal bukan umno) menampakkan kejayaan mereka. Slogan Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan sudah basi.......... Apatah lagi ayat berbentuk arahan ~ rasai denyut nadi rakyat ~ sudah dikesan oleh rakyat sebagai mainan lidah .Kepala rakyat berdenyut-denyut terbeban dengan GST,isu 1MDB,T Haji.......Jika mau negara berpendapatan tinggi,pendapatan rakyat juga harus tinggi.Gaji minima mendapat pujian tapi sekarang GST meragut sebahagian gaji minima yang diterima.Tak mustahil slogan pakatan INI KALILAH akan menjadi realiti pada PRU14. LAIN KALILAH akan berkubur. Jangan fikir rakyat bodoh macam dulu....apa yang pemimpin kata mesti ikut... Musabahlah......

    BalasPadam
  5. Kuat apa ke mende nyer.....??? Sebenornya nak mintak nyawa. Najib dah dipenghujung jalan, Najib....sudah-sudahlah... Undur Najib...undur....

    BalasPadam
  6. Hormat lah bila buat komen terhadap ketua kita.

    BalasPadam
  7. Hormat lah bila buat komen terhadap ketua kita.

    BalasPadam